Alhamdulillah, hari ini saya telah berkesempatan meraikan kunjungan Syekh Jamal Farouk Jibreel dari Universiti Al Azhar Mesir ke Seri Perdana. Dalam pertemuan yang turut dihadiri oleh YB Menteri Agama, Dato’ Seri Dr Na’im Mokhtar, kami sempat berbincang perihal pendidikan tinggi Islam khususnya pengukuhan jalinan hubungan Malaysia dengan Al Azhar yang kini menempatkan seramai 6,204 pelajar dari tanahair. Selari dengan kuliah Syekh yang bertajuk ‘Peranan Akhlak dalam Pembinaan Negara’, saya menekankan bahawa adalah menjadi misi pentadbiran saya untuk menjelmakan nilai akhlak dalam tata laksana kenegaraan.