Krisis politik Mesir : Apa sebenarnya yang berlaku ?

Media arus perdana melaporkan bahawa keadaan di Mesir sekarang ini berada dalam keadaan kacau bilau. Ini disebabkan oleh tindakan Presiden Morsi yang yang menggubal perlembagaan baru bagi menggantikan perlembagaan lama yang dianggap zalim dan diktator.

Memang benar berlaku pertentangan dan demonstrasi. Ada demonstrasi di pihak pembangkang,ada demonstrasi di pihak kerajaan.Tetapi demonstrasi di pihak kerajaan jauh mengatasi demonstrasi pembangkang yang menentang draf pelembagaan baru Mesir. Pada sabtu lepas dianggarkan 10 juta rakyat Mesir berhimpun diseluruh Mesir bagi menyokong pindaan draf perlembagaan baru bagi menggantikan perlembagaan di zaman Hosni Mubarak. Tetapi malangnya media kita tidak melaporkan dan hanya memberi tumpuan kepada demonstrasi pembangkang di Dataran Tahrir.

Puak penentang ini diwakili oleh golongan fulul, iaitu saki-baki kroni Hosni Mubarak yang digulingkan menerusi demonstrasi rakyat pada 25 Januari 2011 yang lalu.Kumpulan ini menguasai badan kehakiman. Mursi kini berdepan dengan hakim-hakim yang tegar yang menghalang referendum rakyat.

Apa yang Mursi lakukan untuk Gaza

Buat pertama kali Amir Qatar Sheikh Ahmad Ibnu Jasin melakukan kunjungan ke Semenanjung Gaza. Kunjungan ini dilihat sebagai ancaman terhadap kejahatan-kejahatan Israel. Beliau mengatakan kunjungannya ke Mesir adalah disebabkan oleh Mesir, revolusi rakyat Mesir dan Presiden Mesir.

Oleh kerana berang dengan sokongan-sokongan terhadap Gaza, Israel melakukan serangan terhadap Gaza dengan mengebom bandar itu sesuka hati. Penganalisis berpendapat selain serangan menyasarkan pemimpin Hamas ia juga bertujuan untuk memberikan tekanan kepada Presiden Mursi.

Sangkaan mereka ternyata menyimpang. Pada hari serangan dilakukan Mursi mengirim perdana menteri Mesir ke Gaza untuk mengenal pasti apa bantuan yang boleh diberikan.

Mursi juga mengarahkan pintu Rafah dibuka 24 jam bagi membolehkan bantuan dibawa masuk segera dan mangsa yang cedera dapat dibawa keluar untuk diberikan rawatan.

Mursi turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Turki, Tayep Erdogan dan Pemimpin Hamas bagi menangani krisis yang berlaku.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>