DR MAHATHIR – SELEPAS 64 TAHUN UN IKTIRAF HAK PALESTIN SEPARUH SAHAJA!

  Israel Public Enemy

ISU PALESTIN –  2 BILION UMAT ISLAM DIPERMAINKAN

Masalah Palestin telah berlarut  sekian lama sejak 1948 hingga kini sejak 64 tahun. Palestin berada di pihak yang kalah dan lemah.Namun tetap melawan .Dunia barat bersama AS  berdiri teguh dibelakang kewujudan Israel.Dunia Islam berpecah-pecah.Ada yang menerima bantuan kewangan daripada AS dan mengiktiraf Israel. SEMASA  Hosni Mubarak,  Mesir bukan sahaja  enggan membantu Palestin malah tunduk kepada tekanan AS dan Israel untuk  mencekik  Palestin dengan menutup pintu Rafah.

AS kini sedang  mengalami kemuflisan yang tenat. Namun  masih rela membantu mempersenjati Israel dengan curahan trilion dolar wang pembayar cukai. Ada kalangan  rakyatnya yang menentang. Masalah dalaman AS sangat berat tetapi AS lebih tmementingkan negara luar yang jahat.  Apa yang AS dapat ?

Kerugian dan bencana.  Pemanasan dunia   akibat perlumbaan dalam  industri  senjata. Krisis ekonomi dan kewangan berpunca daripada  angkara AS. Ekonomi yang memudaratkan dan menggencatkan pertumbuhan. Produktiviti dicurah, dimusnah di medan perang dan kekakacauan.Ekonomi kedajalan bukannya pertumbuhan bersama yang membawa pencerahan dan keadilan. Manusia menjadi khalifah yang memakmurkan alam.Negara yang terbaik ialah pemerintahan yang berjalan di bawah Magfirah/Pengampunan Tuhan.

Negara -negara yang menjadi saingan AS sedang maju dan marak  ekonominya. China telah maju, kuasa ekonomi yang ketiga terbesar.Rusia sedang pulih ekonominya . Yang paling bermasalah ialah negara-negara Islam. Idea untuk mewujudkan penggunaan satu mata wang DINAR  di kalangan negara-negara Islam patut disegerakan bagi  menggantikan ketergantungan kepada dollar.

Sistem perbankan baru yang berasaskan riba ala Yahudi dan barat mesti ditolak.  Perbankan dengan  mekanisme untung-untung di antara pelanggan dengan pihak bank mesti dilaksanakan di negara-negara umat Islam.Kini umat Islam berada di titik yang sangat lemah dan telah menjadi mangsa perkosaan  barat tetapi masih rela dan tidak  pernah  sedar ?

Kezaliman ke atas sesama Islam sangat menonjol. Jadi bila barat menzalimi umat Islam ia telah menjadi perkara biasa.  Ini adalah bentuk perlakuan yang diamalkan oleh para pemimpin Islam ke atas rakyatnya  . Allah berfirman dalam surah Al Baqorah, 2  : 44

Mengapa kamu suruh orang lain  mengerjakan  kebajikan tetapi kamu lupakan   diri kamu sendiri ? Dan  kamu  membaca kitab apakah kamu tidak mengerti ?

Di bawah ialah intisari ulasan Dr Mahathir tentang isu di atas. Kami perturunkan terjemahannya secara bebas untuk menangkap maksudnya yang sebenar. Ini   untuk tatapan pembaca yang tidak memahami BI.

1. I am happy that Palestine is now half-recognised by the United Nations.

2. Why there cannot be full recognition is evidence that we live in a world where there is no justice, where the rule of law prevails not, where might is right.

3. There was no state of Israel where it is now. There was only the state of Palestine then.

4. Now there is a state of Israel but no state of Palestine.5. Why? Because Israel, this artificial creation of the West, together with its satellite, the United States of America, is against acknowledging the existence of the state of Palestine.6. There is only a Palestinian Authority, a meaningless entity found nowhere else in the world.7. And this entity is not allowed to collect all the taxes due to it. “Generously” Israel and the United States undertake to collect the taxes for the Palestinian Authority.8. The taxes obviously belong to the Palestinians. Now, to punish the Palestinians for seeking to be half-recognised by the United Nations, Israel and the United States threaten not to hand over the taxes they had collected to the rightful owner.9. Arm-twisting like this is totally unacceptable especially by the so-called democratic countries. But this open manifestation of hypocrisy is only to be expected. In all the dealings regarding the conflict between Israel and the Palestinians, there has never been any instance when justice and fair play have been shown. Always it is about the strong taking what they will and the weak giving in what they must.10. This is the world in which we live today.

TERJEMAHAN :

Saya gembira Palestin telah separuh diterima,diktiraf oleh PBB

Palestina tidak dapat pengiktitafan penuh membuktikan bahawa  kita hidup dalam dunia yang berat sebelah, kedaulatan undang-undang tidak dilkkasanakan. menafikan hak Palestin dengan terang.

Tidak ada negara Israel di mana ia bertempat kini. Yang ada ialah negara Palestin

Kini yang wujud ialah negara Israel.Tidak ada negara Palestin

Kenapa ? .Israel ialah negara Palsu yang dicipta Barat bersama dengan Pelindungnya Amerika Syarikat. Ia menafikan kewujudan Palestin seperti yang diakui umum

Kewujudan Kuasa Pelestin   tidak bererti sama sekali dan telah dinafikan

Buktinya Pihak berkuasa Palestin tidak dibenarkan sama sekali mengutip cukai. Dengan bermurah hati Israel telah bertindak mengutip cukai bagi pihak Palestin

Hasil percukaian adalah sebenarnya milik rakyat Palestin .  Hukuman  dijatuhkan  ke atas  mereka  kerana diiktiraf separuh oleh PBB. Jadi AS dan Israel mengugut akan menggantung hasil percukaian tidak akan diserahkan kepada pemilik sebenar,  rakyat Palestin.

Pembulian dalam bentuk permainan kuasa sebegini sama sekali tidak boleh diterima dalam kalangan kalangan negara pengamal demokrasi yang terkenal. Namun manifestasi kepalsuan  dalam bentuk cakap tak serupa bikin ini memang ketara dan telah dijangka.Dalam segala bentuk perundingan antara Israel dengan Palestin langsung tidak wujud  imbangan keadilan yang munasabah. Yang kuat akan memaksakan kehendaknya dan yang kalah akan dilemahkan.

http://www.radioislam.org/islam/roligt/zionism/zionism1.jpg

 

Inilah hakikat dunia yang kita berhadapan kini.

Ulasan selanjutnya :  Mengapa Presiden  Morsi mengiktiraf Israel ?

PRESIDEN  MORSI presiden pertama yang dikaitkan dengan gerakan Ikhwanul Muslimin. Sebenarnya mewakili seluruh rakyat Mesir. Ia dipilih menerusi undiraya pilihan rakyat secara terbuka,   mengatasi calon-calon lain.

Apabila memegang kuasa puak-puak yang tidak berpuas hati dengannya telah bergerak cergas menggugat kerajaan pimpinannya. Masih ramai orang-orang Hosni Mubarak yang pro  AS dala pentadbiran Mesir.Morsi mengahadapi berbagai tentangan daripada dalam. Racun liberalisme telah mendominasi ke dalam pemikiran rakyat Mesir untuk bertindak sewenang-wenang.

Dalam keadaan sebegini Mesir tidak boleh berubah secara drastik untuk melawan Israel yang bererti melawan AS dan barat. Sokongan rakyat terhadapnya tidak padu. Buat sementara Morsi terpaksa akur dengan status quo keadaan yang ada. Ia terepaksa menyusun strategi yang ampuh untuk mengukuhkan kuasa sebelum bergerak ke depan.Jika ia membatalkan hubungan diplomatik dengan Israel besar kemungkinan Mesir akan diserang . Semenanajong Sinai akan ditawan semula,

Mesir mesti menjadi pemimpin No 1 Dunia Arab yang kini dipegang oleh Saudi. Banyak pihak berpendapat Saudi dengan sokongan AS telah memporakparandakan kesetabilan dunia Arab. Saudi dikatakan membiayai pemberontakan yang berlaku dengan memborong senjata daripada AS. Menganjurkan regime change supaya pemerintah yang naik sebulu dengannya. Namun di Saudi demokrasi sama sekali tidak berlaku.

Keluarga Saud kekal ditampuk kuasa tanpa pilihanraya atau boleh digugat oleh sesiapa.Kuasa mereka adalah mutlak sepenuhnya. Adakah ini corak pemerintahan secara Islam  yang diwariisi daripada nabi Muhammad. Beliau  mengutamakan musyawarah.  Kuasa bukannya milik keluarga beliau atau diperturunkan kepada keluarga dan  menjadi  dinasti.  Sekali lagi firman Allah dalam Al Quran telah berkata :

Mengapa kamu suruh orang lain  mengerjakan  kebajikan tetapi kamu lupakan   diri kamu sendiri ? Dan  kamu  membaca kitab apakah kamu tidak mengerti ?                   (Al Baqarah 2: 44 )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *