BAPAK MAHATHIR ANUGERAH ILAHI BUAT MALAYSIA

                           DR MAHATHIR GENIUS POLITIK OF MALAYSIA –                                   MALAYSIA BERUNTUNG MENDAPATNYA !

DR Mahathir antara 10 ahli politik terbaik dunia sehingga kini. Dalam sejarah Islam kelicikannya setanding dengan Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amru Al As .Beliau mampu menghadapi apa jua situasi dengan mudah ibarat menarik rambut daripada tepung !Rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

TG Nik Aziz mengakui kebijaksanaan beliau dengan menyatakan Dr M  memang pintar tetapi sayang enggan mengambil Islam secara menyeluruh. Kadang-kadang bersikap zalim terhadap lawan politik dan negeri yang tidak menyokongnya ! Sikap kerasnya terhadap lawan seperti menghukum.Tidak ada maaf sama sekali.

Ini tidak melayakkan Dr Mahathir menjadi negarawan yang berjiwa besar. Mencontohi amalan rasulullah yang unggul, menyantuni musuh dengan baik , akhirnya tunduk mengakui kelebihan baginda. Mengenai ini Dr Mahathir kurang sifat ihsan.

Beliau memang genius. Dalam banyak hal dapat memintas serangan dan jawapan orang dengan sinis. Kepada satu pujian wartawan Indonesia yang mengumpamakannya kehebatan ucapannya seperti Sukarno Kecil di Jakarta.  Dengan bingkas beliau menjawap ” Saya bukan Sukarno kecil tetapi Mahathir kecil.Mahathir besar ada di KL.

Ramai yang melebelkan  beliau bersifat diktator.Dr Mahathir tetap ada jawapannya ! Rupa bumi Malaysia diubahnya dalam masa 22 tahun kekuasaannya  1981-2003. Satu pencapaian dalam rekod dunia.Tanpa sikap tegas & keras   akan wujud banyak halangan.Bila keputusan dibuat beliau akan hadapi dengan berani. Risiko diminimakan.

Satu buku baru telah ditulis tentang wajah  diktator baru di zaman moden yang penampilannya begitu menarik. Ibarat sebuah mekanisme mafia dan cartel yang terurus dengan licin  berselindung di sebalik kekuasaan yang sah bernama kerajaan.

Sama sebagaimana AS yang dikritik Dr Mahathir.Disamping penampilan sebagai model dan penyokong demokrasi ialah negara yang menjadi jaguh yang  menaja keganasan dan paling banyak melanggar hak asasi yang diperjuangkannya.  Al Quran menyebut dengan dengan jelas :

[ Al Baqorah 2:44]  Mengapa kamu suruh orang lain berbuat kebaktian, sedang kamu melupakan diri  mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab ? Maka tidaklah kamu berpikir ?

2 : 44. Do you command people to virtuous conduct, and forget yourselves, even though you read the Scripture? Do you not understand?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *