FAKTA YANG TERLAKAR SEKITAR PRESTASI PEMBANGKANG 1955-2008

Dalam pilihan raya umum kali ini, bilangan pemilih baru dan muda cukup besar. Ikut anggaran, kira-kira 40 peratus daripada lebih 13 juta pemilih berdaftar berumur bawah 40 tahun. BERMAKNA 5.2 JUTA PENGUNDI MUDA .

Dalam Pilihan Raya Umum 2008 Barisan Nasional BN dapat 51. 4 peratus undi pada peringkat Parlimen tapi berjaya kuasai 140 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat

Ini bermakna walaupun gabungan DAP PKR dan PAS serta parti kecil lain dapat 48. 6 peratus undi dari segi kerusi mereka perolehi  82 sahaja.

Sejak PRU 1959 lagi pembangkang tak pernah dapat kurang daripada 34 peratus undi popular.  Masa prestasi mereka paling teruk pun, iaitu dalam PRU 1995, mereka dapat 34.9 peratus undi. Masa itu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Pengarah pilihanraya BN
Prestasi pembangkang paling baik pada 1969 apabila mereka dapat 55.1 peratus undi.

Dalam tahun 1959 PRU pertama selepas merdeka ,pembangkang iaitu PAS berjaya menawan 2 negeri Kelantan dan Terengganu. Semua pemimpin besar pembangkang berada di parlimen.

Gabungan Parti Boroh dan Parti Rakyat  mememenangai pilhanraya Kerajaan Tempatan.Bermakna mereka menguasai Majlis-majlis Perbandaran P.Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur , Melaka dan Kuantan.

Masa itu nama-nama seperti Ooi Theam Su, Hasnol Abdul Hadi, Sinivasagam terkenal sebagai Datuk Bandar yang berjaya dengan pengurusan Kerajaan Tempatan  yang terbaik. Banyak mmebuat  projek-projek perumahan untuk  rakyat.

Jumlah undi yang dimenangi pembangkang :

Pada 1964 PEMBANGKANG  dapat 41.8 peratus,parti Perikatan  58.2

Pembangkang pada 1969 – 55.1 peratus – prestasi terbaik , Perikatan 44.9 peratus 

Pembangkang – 1974 (49.3 peratus), Barisan Nasional  dapat 50.7 peratus

Pembangkang pada 1978 dapat 42.8 peratus, Barisan Nasional dapat 57.2 peratus

Pembangkang pada 1982 dapat (39.5 peratus),  Barisan Nasional dapat 60.5 peratus

Pembangkang 1986 (42.7 peratus), BN  57. 3 peratus

Pembangkang 1990 (46.6 peratus),BN  53.4 peratus

Pembangkang 1995 (34.9 peratus),BN  65.1 peratus

Pembangkang 1999 (43.5 peratus), BN 56. 5 peratus

Pembangkang 2004 (36.2 peratus) dan BN  dapat 63.8 peratus

Pembangkang 2008 (48.6 peratus), BN dapat 51.4 peratus

Prestasi terbaik parti PEMBANGKANG ialah pada tahun 1959, 1969, 1990, 1999 dan 2008. Tahun 2008 buat pertama kalinya pembangkang telah menafikan kuasa 2/3 BN

Pada tahun 1995 BN dapat prestasi terbaik semasa DSAI menjadi Pengarah PRU ke 9 dan pada tahun 2008 BN hilang kuasa 2/3 semasa DSAI jadi Ketua Pembambang mewakili Pakatan Rakyat

2013 ……………….?

 PUNCA  KEMENANGAN PERIKATAN /BARISAN NASIONAL SEPANJANG PRU 1-12

PRU SEBELUM MERDEKA – PENGESAHAN MAHU MERDEKA ATAU TIDAK ? MAHU MERDEKA PILIH PARTI YANG PRO BRITISH IAITU UMNO /PERIKATAN.
PRU 1955 – BERLANGSUNG DALAM SUASANA DARURAT. PARA PEMIMPIN RAKYAT DITANGKAP.
PARTI YANG DIBENARKAN AKTIF HANYA UMNO-PERIKATAN SAHAJA.
MUJUR PAS, DI BAWAH DR HAJI ABBAS ALIAS  SEMPAT MENDAFTARKAN PARTI UNTUK MENYERTAI PRU. BERMULA DENGAN  KEMENANGAN SATU KERUSI DI KERIAN PERAK. PEMBANGKANG  MEMPUNYAI WAKILNYA IALAH  HAJI AHMAD TUAN HUSSEIN
AKAN BERSAMBUNG ……………………………

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *