DEMOKRASI KERAKYATAN : PASTIKAN PERALIHAN KUASA SECARA AMAN

Bekas ketua polis negara Musa Hassan

Bekas ketua polis negara Musa Hassan menggesa ahli politik berhenti menakutkan orang ramai dengan membuat kenyataan tentang kemungkinan berlakunya ketegangan dan rusuhan kaum jika terdapat pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum.

Bercakap dalam forum berhubung peralihan kuasa yang aman dan lancar di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, Musa mengulas kenyataan terbaru oleh Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka,” kata Musa, yang dilihat lantang menyuarakan pendapatnya selepas bersara.

“Bagi saya, (kenyataan) itu hampir seperti menghasut,” tambahnya.

SUMBER ; WARTA KERAJAAN RAKYAT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *