Kata bistari hari ini

Ketakuatan dan Kejahilan sentiasa menjadi asas  perilaku kebanyakan  tindak tanduk manusia.

Apakah yang berlaku ketika Nabi Muhamamd muncul di pentas sejarah ?  Apabila beliau melaungkan seruan TAUHID untuk kembalikan manusia ke haribaan Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Penyayang .

Beliau dituduh gila, pecah belah perpaduan Arab, menentang agama datuk nenek dan berbagai tuduhan liar untuk menimbulkan ketakutan dan ketidakselesaan.Asasnya supaya manusia terus jahil dan takut. Justeru langsung  jumud dan bergantung kepada pihak yang memegang kuasa.

Begitu situasinya di  Malaysia.Politik lama yang bercokol enggan berganjak daripada tampok kuasa,  bersikap mengancam dan  kadangakalanya mengganas. Menuduh sebarangan secara liar , mengguna pakai  fitnah dan bertindak sewenang-wenang memperalatkan  jentera kerajaan untuk tujuan parti .

CONTOH POLITIK YANG MENYEBARKAN KETAKUTAN

BILA PEMBANGKANG MEMERINTAH NEGARA AKAN BANKRUP -TUN MAHATHIR

JAWAPAN PROF CHANDRA MUZAFFAR KETIKA DITANYA APA AKAN JADI KIRANYA PR MENANG DALAM PRU KE 13 ?

Kalau mereka berjaya, ia akan menimbulkan satu keadaan tak tentu arah. Hala tuju mereka sudah tentu tak jelas. Ini sudah tentunya membawa implikasi kepada ekonomi negara. PAS akan menaruh hati untuk cuba memenuhi cita-cita asal menubuhkan negara Islam serta melaksanakan hudud kerana ada tekanan dari bawah.

PAS ketika memimpin Kelantan memperkenalkan hudud, begitu juga di Terengganu. DAP pula dengan isu ekonominya, tetap tak puas hati dengan dasar membantu masyarakat Bumiputera. Ini yang akan mereka beri tumpuan, bukan soal ekonomi negara, ekonomi dunia, politik negara, politik serantau dan sebagainya.

Hakikatnya  PAS telah memerintah Kelantan selama 22 tahun. Wujud  aman dan makmur sama dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Jika diberi wang royalti tentu lebih lagi pembangunan yang mampu dilakukan.Permohonan MB Kelantan untuk mewujudkan sebuah pelabuhan di Tumpat Kelantan tidak dilayan oleh Kerajaan Pusat.Ini satu bentuk sekatan sekaligus penganiayaan  supaya Kelantan kelihatan mundur, tidak maju.  Bahawa memang benar pembangkang hanya berjanji ,  tidak mampu mengadakan pembangunan.

Jawapan kepada kenyataan Prof Chandra mudah saja. Sebagaimana penegasan LIM KIT SIANG :

Kami akan membuat yang sama sebagaimana PEMBANGUNAN yang dilakukan oleh BN.Bezanya dalam pembangunan tersebut tidak ada rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kronisme. Kami akan memerintah berdasarkan urus tadbir dan tata kelola kerajaan yang baik “GOOD GOVERNANCE” – rasuah musuh utama negara yang perlu dibasmi hingga ke akar-akarnya !Bahaya rasuah lebih parah daripada dadah yang dihukum berat  mandotori ” gantung sampai mati” . Mengapa kerana dadah terkena kepada rakyat jembel tetapi rasuah mengenai pihak atasan

Iktibar daripada sabda Rasulullah yang maksudnya :

Hadis riwayat Aisyah ra.:

Bahwa orang-orang Quraisy sedang digelisahkan oleh perkara seorang wanita Makhzum yang mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang berani membicarakan masalah ini kepada Rasulullah saw.? Mereka menjawab: Siapa lagi yang berani selain Usamah, pemuda kesayangan Rasulullah saw.

Maka berbicaralah Usamah kepada Rasulullah saw. Kemudian Rasulullah saw. bersabda: Apakah kamu meminta syafaat dalam hudud Allah?

Kemudian beliau berdiri dan berpidato: Wahai manusia! Sesungguhnya yang membinasakan umat-umat sebelum kamu ialah,

manakala seorang yang terhormat di antara mereka mencuri, maka mereka membiarkannya. Namun bila seorang yang lemah di antara mereka mencuri, maka mereka akan melaksanakan hukum hudud atas dirinya. Demi Allah, sekiranya Fatimah putri Muhammad mencuri, niscaya akan aku potong tangannya. (Shahih Muslim No.3196)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *