CALON BEBAS YANG HEBAT -PUNYAI TEKAD DEMI KOTAKAN AGENDA RAKYAT

Calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N13 Semambu, Parlimen Indera Mahkota Mohd Shukri Mohd Ramli (CMK) hari ini menegaskan beliau akan terus berjuang hingga ke titisan dakwat celup dijari yang terakhir pada petang 5 Mei 2013 ini, bairpun bakal berhadapan dengan berbagai kemungkinan.

 Beliau yang akan bertembung tiga penjuru dengan calon PKR (Lee Chean Chung) dan BN (Pang Tsu Ming) di kerusi itu menjangkakan sesuatu yang menggemparkan pasti akan berlaku jika para pengundi membuat perubahan. Ini katanya, peratusan majoriti pengundi Melayu di DUN itu mencecah 57% berbanding dengan kaum Cina sekitar 33% sahaja.

Apa yang menjadi persoalan wajarkah BN dan PKR mempertaruhkan calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu?. Sedangkan umum mengetahui kerusi tersebut adalah kerusi majoriti Melayu sejak sekian lama. Persoalannya, berjayakah CMK memecahkan tradisi tersebut?.

Sebelum ini, kerusi itu belum pernah lagi menyaksikan pertembungan tiga penjuru. Namun, jika pengundi Melayu berpaling tadah dengan mengundi calon Melayu maka harapan untuk melihat calon bebas menang di DUN Semambu pasti akan kesampaian dan menjadi sejarah kali ini.

Sementara itu, Mohd Shukri yang ditemui malam tadi mendakwa beliau hanya berkempen sekadar yang termampu akibat kekurangan dana. Apapun, dia berjaya mencetak poster “hitam putih” sebagai simbolik warna rasmi negeri Pahang dan bagi menimbulkan nostalgia kepada para pengundi lama agar memilihnya kali ini.

Poster-poster beliau mula dilihat bertebaran sekitar kawasan Indera Mahkota sejak malam tadi. Apakah para pengundi DUN Semambu berani berubah kali ini agaknya?. Atau mereka masih setia kepada peruangan parti dengan memilih calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu untuk menjadi wakil rakyat lagi atau pun sebaliknya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *