SIAPA RASIS DAP ATAU UMNO / PERKASA ??????

DAP memang telah lama dilabel sebagai parti perkauman.Parti  yang memperjuangkan dasar Malaysian Malaysia .Dasar yang diwarisi daripada PAP Singapura, di bawah tajaan Lee Kuan Yew. Label itu melekat kuat menjadi stigma sehingga digeruni oleh orang Melayu.

Parti tersebut dituduh parti China yang rasis lagi extrimis dan menjadi sasaran UMNO untuk menyudut dan meminggirkan  DAP daripada  mendapat sokongan ramai.  Setigma tersebut telah dapat dipecahkan oleh kepimpinan DAP berkat kerjasama.

Sesuatu yang maha ajaib telag berlaku. DSAI yang menerajui kepimpinan PR berjaya membawa kedua parti yang kononnya berlainan kutub duduk bersama . PAS , DAP dan PKR telah bergabung di bawah satu permuafakatan .

Boleh duduk bersama untuk membincangkan masa depan rakyat Malaysia.Ketiga-tiganya berpegang teguh dan   akur untuk bersetuju  mempertahankan asas-asas perlembagaan.Mereka bertekad  menolak politik rasis dan perkauman.Hasil politik terbuka itu DAP boleh diterima oleh orang Melayu dan China memberi sokongan kuat kepada PAS.Buktinya terserlah dalam PRU ke 13.

Umum mengetahui BN bukan sahaja parti yang berasasaskan perkauman                         ( UMNO-Melayu, MCA- China dan MIC -India dll)   malahan  bersifat kronisme. Mereka rakus  dalam membolot kuasa dan menerjemahkannya  dalam bentuk monopoli ekonomi yang dibolot  segelintir elit penguasa . Dilaksanakan dalam bentuk dasar-dasar ekonomi yang menguntungkan korporat dan memudaratkan rakyat.

Dalam PRU ke 13 terbukti rakyat di bandar terutama Selangor dan kawasaan bercampur telah menolak pola  politik perkauman yang sempit dan mnerima politik perkongsian kuasa. Keputusan di bawah dapat membuktikannya :

Sebab-Sebab PAS Berkawan Dengan DAP:

Ini betul punya cerita DAP, sebab tu PAS lebih selesa dengan DAP dan fobia dengan Umno. Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno.

Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “SIAPA RASIS DAP ATAU UMNO / PERKASA ??????

  1. Pingback: BENARKAH DAP PARTI RASIS DAN UMNO PARTI YANG TIDAK RASIS ? | Pinang Press

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *