Sekitar himpunan Black Out di Stadium Kelana Jaya

Semalam telah berlangsung himpunan black out di Stadium Kelana Jaya. Dianggarkan lebih 60,000 orang berhimpun di dalam dan luar stadium tersebut. Kebanyakkannya memakai baju hitam tanda protes atas black out yang berlaku di beberapa tempat pengiraan undi.

UCAPAN DSAI DI STADIUM KELANA JAYA PADA JAM 9.30 pm pada 8 hb Mei 2013

Antara pemimpin utama pakatan rakyat yang hadir ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Pak Samad. Datuk Seri Anwar dalam ucapanya mengatakan ini adalah kemenangan yang dirampas dari rakyat yang dilakukan oleh SPR dan BN. Beliau mengatakan terdapat lebih 30 kerusi parlimen yang dimenangi BN dalam keadaan mencurigakan.Antaranya black out di tempat pengiraan undi,pengundi bangla yang dibawa masuk dan pelbagai macam lagi penipuan yang berlaku. Bukti-bukti sedang dikumpul dan akan dibongkarkan.

Satu perhimpuan besar-besaran akan diadakan di Pulau Pinang pada hujung minggu ini sebagai bantahan terhadap BN yang cuba meniupkan api perkauman dengan mengatakan ini adalah tsunami cina. Ini bukan tsunami cina. Ini tsunami rakyat Malaysia !

IMG_2546 IMG_2551 IMG_2552 IMG_2554 IMG_2557 IMG_2558 IMG_2563 IMG_2567 IMG_2571 IMG_2572 IMG_2575 IMG_2576 IMG_2577 IMG_2578 IMG_2579

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *