PATUKAN BERITA DI SANA SINI 4 Jun 2013

Read Bean Army Cyber Trooper –  Kononnya dana dibiayai oleh Puah Khein Seng

Seorang peniaga lelaki telah menafikan pertuduhan memberikan dana atau berkait dengan kegiatan tentera siber “Red Bean Army” – sebuah kumpulan dikatakan oleh akhbar milik Umno Utusan Malaysia didanai oleh DAP untuk menyerang kerajaan dengan menggunakan media sosial.

Pua Khein Seng – syarikatnya Phison Electronics berpengkalan di Taiwan, di mana syarikatnya dibelakang penyimpan data USB pendrive, menafikan apa yang beliau sifatkan sebagai “laporan palsu” oleh Utusan Malaysia minggu lalu dan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar milik Umno itu.

“Pertama, ini adalah palsu, dakwaan tidak berasas dan berniat jahat dan saya secara jujur tidak tahu bagaimana saya perlu bertindak balas kerana ia adalah tuduhan tidak berasas,”

Pesan Wan Aizizah Presiden PKR kepada Para Wakil Rakyatnya yang menang

“Saya percaya rakyat dah beri kita mandat dalam pilihan raya lalu … Namun persempadanan semula menjadi masalah, dia pusing-pusing nak kalahkan kita.

“Undi-undi ini SPR memang terlibat nak kalahkan calon PR,” katanya lagi, dan mengingatkan kepada wakil rakyat PKR agar meneruskan khidmat mereka di kawasan yang telah dimenang

“PRU13 belum selesai, kemenangan kita dirampas, kita kena teruskan lagi … sebab ini kalau kita biarkan PRU13 berlalu begitu sahaja, rakyat akan lupa.

“Kita juga jangan terpedaya dengan helah Najib … dulu semasa Bersih, kita lari bertempiaran, pedih mata, kemudian selepas berhimpun, masuk Parlimen dengan wakil rakyat, wujudkan jawatankuasa khas, tapi tak banyak perubahan pun”

Saya Lagi “Teruk” Daripada Nurul Izah…

 

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) melahirkan rasa kesal terhadap pihak berkuasa di Sabah yang tidak membenarkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu.

Katanya, Nurul Izzah bernasib baik kerana hanya Sabah sahaja yang tidak membenarkan kehadirannya tetapi bukan negeri yang lain.

“Kalau YB Nurul Izzah tidak dibenarkan masuk Sabah, saya lebih teruk lagi. Sabah, Sarawak dan Felda, oh tanah airku,” katanya dipetik Nusajaya Kini dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ini berbeza jika dilihat kepada insiden penceroboh yang meloloskan diri masuk Lahad Datu dengan begitu mudah dan membuat kacau bilau hingga membunuh anggota keselamatan.

Malah, ujarnya pendatang asing boleh memiliki Kad Pengenalan dan mengundi dalam pilihan raya di Malaysia.

Bagaimanapun, kata beliau rakyat tempatan disekat, dihalang dan tidak diizinkan masuk dalam negeri sendiri tanpa sebarang alasan.

“Inilah dia demokrasi yang dilaung-laungkan,” ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *