MALAYSIA DENGAN MENTALITI DUNIA KETIGA-KE MANA NEGARA AKAN DIPACU ?

                                                                                            

TUN ABDULLAH BADAWI –  MALAYSIA PUNYAI KEMUDAHAN PRASARANA DUNIA KELAS PERTAMA TETAPI MENTALITI RAKYAT KELAS KETIGA

TUN ABDULLAH BADAWI ketika menjawat jawatan Menteri Perdana 2003-2009 pernah berkata Malaysia memiliki infrastruktur/prasarana dunia kelas pertama tetap sikap dan mentaliti rakyatnya di tahap kelas ketiga. Mengapa keadaan yang bertentangan ini berlaku ?Tidaklah adil untuk menyatakan rakyat sahaja bersikap begitu bagaimana dengan para pemimpin.

Buktinya ialah  kemudahan awam tidak dijaga dengan baik malahan dirosakkan. Hak asasi bukan saja disekat -sekat malahan dipermain dan diperbudakkan. Seolah-olah rakyat negara  merdeka dilayan setaraf hamba. Rakyat  mesti akur dengan perintah pihak berkuasa secara membabi buta.

Mempersoalkan perkara-perkara yang kononnya sensitif secara sah dengan fakta yang sahih tetapi  menggugat kewibawaan pihak berkuasa dianggap bahaya dan salah. Dituduh menderhaka. Diancam boleh disabitkan dengan kesalahan berat dimahkamah di bawah pelbagai akta yang siapa siaga untuk dilaksanakan

Akibat disekat-sekat dan diperbodohkan rakyat menjadi muak. Akal budi dan maruah mereka tercabar lalu   bangun membantah. Manifestasinya ialah keputusan PRU ke 13 di mana 51 peratus rakyat menolak establishment.

Mesej ini membawa maksud bahawa daulah  pihak berkuasa mulai dipersoalakan secara serius.Ada sesuatu yang tidak kena dalam tubuh negara.  Rakyat  mahukan demokrasi yang lebih seimbang dan bukannya penguasaan dua pertiga  yang membuatkan elit penguasa lebih selesa,   semakin angkuh dan sombong. Berkecenderungan  untuk  menyalahgunakan kuasa sebagaimana rekod yang lalu  untuk  bertindak dengan sewenang-wenang.

Itulah sebabnya dalam amalan demokrasi yang standad dan sihat  sesebuah parti tidak dibenarkan rakyat untuk  berkuasa terlalu lama. Ibarat kata pepatah China air yang bertakung lama, lama kelamaan akan membusuk.

Gelombang kebangkitan ini tidak akan dapat disekat sebagaimana  air bah. Ia perlukan saluran yang lebih luas  untuk membawakannya   ke laut terbuka.  Kita wajib  mengguna pakai gaya mentaliti kelas pertama yang lebih telus untuk melayan rakyat yang telah cerdik dan cendekia.   Gaya  pemerintahan dunia ketiga yang kaku dan buntu wajib ditolak.

Kuasa -kuasa baki ala darurat  tinggalan  penjajah tidak harus  dikitar semula untuk dilaksanakan ke atas rakyat di negara yang telah 56 tahun merdeka. Tranformasi yang dilaung-laungkan mesti dibukti dan dilaksanakan secara konkrit di dalam polisi dan tindak tanduk  para pemimpin negara. Cakap mesti serupa bikin.Jangan cakap lain buat lain.Perlembagaan menyatakan rakyat diberi hak untuk berhimpun, berfikir dan meluahkan ketidak puasan hati.Dalam pelaksaan banyak mekanisme yang menghalang

Rakyat harus diberi saluran yang sah dan terbuka untuk bersemuka,  berforum dan bermuzakarah.  Usaha mengadakan wacana intelek yang sihat di universiti -universiti sebagaimana tahun 1960an sebelum kewujudan akta yang mematikan daya intelek mahasiswa di pusat-pusat pengajian tinggi harus dibuka dan disuburkan semula.

Forum–forum intelek yang mengupas isu negara dan mencambahkan pemikiran kritis  dengan membenarkan penyertaan pembangkang dan juga kerajaan secara seimbang wajib dihidupkan. Disuburkan di tempat berkumpulnya golongan intelek dan bijak pandai iaitu IPT.

Kini pembangkang-rakyat negara merdeka dimomok-mokkan sebagai musuh negara. Sepatutnya pembangkang diiktiraf haknya untuk berpartipasi dalam menyuburkan demokrasi.Bukannya diinjak-injak dengan sekatan  berbagai akta yang sengaja diwujudkan sebagai aparatus atas nama  negara  untuk menyelamatkan pihak berkuasa.

Kuasa adalah amanah dan bukannya hak mutlak sesuatu pihak yang mendakwa seperti   ketuhanan untuk ditaati secara mutalak walau pun berbuat kezaliman. Kuasa adalah hak semua rakyat untuk dilayan dan diterima secara adil. Allah  berfirman  Innaddi na indallah hil Islam dan  Allah  juga mengsiytiharkan La ikra hafiddin.

Mesejnya Tuhan tidak memaksa manusia untuk beriman secara terpaksa.Manusia diberi kebebasan untuk memilih dan bertanggung jawap di atas pilihannya. Tuhan mahukan kepasrahan dan kerelaan yang sejati dengan ikhlas.

Bukannya mengikut dengan membuta tuli dan taksub tanpa akal yang sadar. Justeru jalan kekarasan yang menjurus ke arah kezaliman memang selesa tetapi ia tidak akan lama.Ia akan menjadi punca yang mencetuskan porak peranda dan ketidakstabilan. Sebagaimana firman Allah dalam Al Quran :

Allah telah menurunkan air  dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa logam yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan  yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan –  ARRA’DU  13: 17 

 Allah mengumpamakan yang benar dan yang bathil dengan air dan buih atau dengan logam yang mencair dan buihnya. Yang benar sama dengan air atau logam murni yang bathil sama dengan buih air atau tahi logam yang akan lenyap dan tidak ada gunanya bagi manusia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *