RAKAMAN AKHBAR LAMA – SIAPAKAH NIH YANG MULA TERKENA BAHANA AKTA HASUTAN

Photo: Suatu ketika dahulu wartawan akhbar Utusan Melayu pernah ditangkap bawah Akta Hasutan oleh penjajah British.

Sebelum Ahmad Boestamam dibicarakan dan dihukum atas tuduhan "mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan" bawah Ordinan Hasutan (Sedition Ordinance) oleh Kerajaan Kolonial British pada tahun 1947, individu pertama yang dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama ialah wartawan A. Samad Ismail.

A. Samad Ismail merupakan seorang wartawan akhbar Utusan Melayu (mulai usia 16 tahun pada tahun 1940), dan merupakan ketua pengarang akhbar Berita Malai (gabungan akhbar Utusan Melayu dan Warta Melayu) semasa zaman Pendudukan Jepun di Malaya dan Singapura.

Selepas kembalinya penjajah British di Malaya pada tahun 1945, Samad Ismail telah ditangkap atas tuduhan menulis artikel-artikel anti-British yang menghasut dalam akhbar Berita Malai. Dia telah dibicarakan bawah Ordinan Hasutan, tetapi tuduhan ini kemudiannya telah digugurkan.

Samad Ismail telah meneruskan perjuangannya sebagai wartawan di Utusan Melayu, dan bersama aktivis dan wartawan muda lain seperti Aziz Ishak telah menubuhkan GERAM (Gerakan Angkatan Muda) pada tahun 1946.

GERAM adalah salah satu gerakan yang bergabung di bawah PUTERA (Pusat Tenaga Rakyat) bersama-sama parti-parti kiri lain seperti PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya), API (Angkatan Pemuda Insaf), AWAS (Angkatan Wanita Sedar) dan BTM (Barisan Tani Se-Malaya) dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *