MELIHAT INDONESIA DARIPADA JEREBU

Sebuah liputan tentang keadaan di Indonesia yang menjadi punca  kepada keadaan berjerebu. Jerebu yang melangkau ke Malaysia dan Singapura. Kesannya menimbulkan keadaan yang menggelisahkan sehingga Kerajaan Malaysia mengisytiharkan darurat di beberapa negeri. Keadaan ini bukan sekali dua berlaku.

Ia telah berlaku beberapa kali. Puncanya kerana kebakaran hutan yang disengajakan. Beberapa syarikat Malaysia dan Singapura dituduh sebagai menyebab.Mereka membakar hutan untuk ditukar menjadi ladang kelapa sawit.Apakah tuduhan ini benar ?

Liputan dan laporan secara hidup “life”  mengesan dan mmebongkar apa yang sedang berlaku di kawasan sasaran dan tapak. Dampaknya kelihatan jelas , jerebu dana asap yang menutupi kawasan .

Mari kita  melihat Indonesia menerusi jerebu, menyerlahkan  ketamakan manusia yang gelojoh memburu harta sehingga sanggup melakukan apa saja. Siapa yang salah tidak tahu.

Masing-masing menuding jari, memeprsalahkan di antara satu sama lain sehingga tidak diketahui siapa yang membuat angkara di belakang tabir terhadap bencana yang sedang marak ini. Sungguh pandai manusia bersandiwara.

Ia seperti skrip yang telah lazim dalam dunia yang penuh pancaroba ini.  Adakah akan berhenti atau akan diulang lagi di masa hadapan. Firman Allah dalam Al Quran Surah  Ar Ruum ayat 41 :

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”. (Ar-Ruum:41)

Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya”. (Huud:61)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *