VIDEO MENARIK YANG MESTI DITONTON

RAHSIA KEJAYAAN BERTERUSAN PR DI SELANGOR

KEDUDUKAN HUTANG NEGARA TERKINI MENGIKUT GERAF. TIDAK SAMPAI 4 TAHUN IA NAIK MEMUNCAK DI BAWAH KEPIMPINAN PM DATUK SERI NAJIB. HAKIKAT INI MASIH GAGAL MENANGKAP REAKSI RAKYAT TENTANG SEJAUH MANAKAH SEHATNYA ATAU BERMASALAHNYA  EKONOMI KITA

Photo: Ketika berada di Bagan Serai pula, Najib telah dilaporkan menyerlahkan kebodohannya dalam bidang ekonomi, sila baca laporan di bawah..

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata jika dibuat perbandingan antara janji pembangkang yang mahu kurangkan harga minyak dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) - bantuan yang diberikan kerajaan itu lebih baik dan menguntungkan rakyat.

"Kita kurangkan (harga) minyak siapa untung? Orang kaya yang untung. Orang kaya yang bawa kereta besar pun untung. Pekerja asing pun untung.

"Bila kita bagi BR1M siapa untung? Rakyat yang untung. Sekarang ini kita dapat lima keping. Ada yang ketaq lutut orang Kedah kata.

"Bila dapat BR1M bukan sahaja rakyat untung tapi pekedai untung, peniaga pasar tani, pasar minggu pun untung.

"Ekonomi semakin berkembang," katanya yang disambut sorakan oleh kira-kira 1,000 hadirin.

Najib yang juga pengerusi tiba di perkarangan Dataran Umno, Gerbang Malam, Bagan Serai dari Kuala Kangsar, Perak bagi menghadiri program Himpunan Rakyat 1Malaysia ~ Malaysiakini

Apa yang bodohnya Presiden UMNO itu dalam hal ini ialah beliau gagal memahami kesan disebalik menurunkan harga minyak itu..

Yang mana antaranya ialah..

1. Rakyat dapat guna minyak murah, oleh itu beban hidup rakyat akan dapat dikurangkan.

2. Penurunan kos pengangkutan dan logistik akan menyebabkan harga barangan juga akan turun.

3. Kos penjaanan tenaga elektrik juga akan menurun kerana kebanyakan penjana elektrik atau power plant di Malaysia adalah menggunakan diesel, kesan dari penurunan kos itu akan membolehkan rakyat menikmati bil elektrik yang lebih murah.

4. Penurunan kos dalam bidang pembuatan membolehkan harga barangan dikeluarkan dan dijual lebih murah, barangan yang lebih murah akan menyebabkan permintaannya bertambah dan secara tidak langsung keuntungan meningkat.. oleh itu peluang pekerjaan yang baru terpaksa diwujudkan untuk menampung pengeluaran yang meningkat itu.

5. Pertambahan peluang pekerjaan akan mengurangkan pengangguran dan kurangnya pengangguran secara automatik akan menurunkan kadar jenayah yang disebabkan oleh tekanan ekonomi..

6. Yang paling penting.. Kos operasi pengeluaran dalam negara yang rendah akan meningkatkan pelaburan asing.. oleh itu ekonomi negara pasti meningkat..

Siapa yang bersetuju dengan pendapat aku di atas.. UNDILAH PR!!

Maka tidak hairanlah kerana Najib jadi Menteri Kewangan.. hutang negara mencanak meningkat..

Orang kata.. Kalau Najib itu bodoh.. yang menyokong dia sudah tentu lebih bodoh..

Oleh itu jangan kita biarkan orang bodoh terus memerintah negara.. TOLAK SIAPA SAJA CALON DARI BARISAN NASIONAL!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *