MESIR KINI -PERKEMBANGAN MUTAKHIR KEMBALIKAN MORSI KE PANGKUAN KUASA !!!!!

                        “Aku Akan Kekal Di sini Sehingga MOrsi                              Kembali Menjadi Presiden”

Aku akan kekal disini sehingga Dr Mursi kembali menjadi pemimpin, sehingga Mubarak kembali ke penjara, dan sehingga As Sisi dihukum gantung, hak-hak orang yang telah mati tidak akan disia-siakan, kami akan mati bersama mereka, tidak ada apa yang dapat mengalahkan orang yang mencintai kematian, dan kami cinta kepada kematian!”

“Nafas kebenaran itu lebih panjang daripada nafas kebatilan, jangan sangka kami takut, tertekan atau ragu-ragu dengan kudrat tuhan kami”.

“Kami akan kekal disini, dan jika dengan izinNya dicatat kematian untuk kami, maka kami akan mati sebagai syuhada, dan jika dicatat hidup untuk kami, maka kami akan hidup dengan merdeka”Terjemahan Oleh : Mesir KiniSumber : FjPartyOmrania

RENUNGAN HADIS DARIPADA SAHIH MUSLIM BERKENAAN SITUASI UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN:

Maka amat benarlah pesan Rasulullah kepada kita semua sebagaimana terdapat dalam sepotong hadisnya yang diterjemahkan oleh Soheh Muslim (Hadis ke 1814) membawa maksud :
Dari Huzaifah Ibnu Al-Yamani r.a. katanya: “Biasanya orang banyak bertanya kepada Rasulullah saw tentang kebajikan. Tetapi aku bertanya kepada beliau tentang tentang kejahatan; kerana aku takut kejahatan itu menimpaku.”
Lalu aku bertanya, “Ya Rasulullah! kami dahulu berada dalam kejahilan dan kejahatan. Kerana itu Allah Taala menurunkan kebaikan (agama) ini kepada kami. Mungkinkah sesudah ini timbul lagi kejahatan?”
Jawab Rasulullah “Tentu!”

Tanyaku, “Sesudah itu mungkin pulakah datangnya kebaikan?”

Jawab Rasulullah, “Ya, tapi sudah cacat!” Jawab Nabi saw, “Suatu kaum (bangsa) membuat peraturan (undang-undang) diluar sunnahku dan memimpin tanpa hidayahku. Engkau mengerti tentang kebijaksanaan mereka dan tidak menyukainya.”
Tanyaku, “Sesudah kebaikan itu timbul lagikah kejahatan?”
Jawab Baginda, “Ada. Iaitu orang yang selalu memanggil-manggil di pintu neraka , lalu siapa yang memenuhi panggilannya dilemparkannya ke dalam neraka itu.”
 Tanyaku, “Ya Rasulullah! Tunjukkanlah kami ciri-ciri mereka.”
 Jawab Nabi saw, “Baik! Iaitu orang-orang yang kulitnya sama dengan kita (mengaku beragama Islam) dan mereka berbicara memakai lidah (hadis) kami.”
Tanyaku, “Bagaimana petunjuk Anda seandainya kami menemui hal yang sedemikian?” Jawab Nabi, “tetaplah kamu bersama jemaah kaum Muslimin dan Imam (pemimpin) mereka!”
 Tanyaku, “Jika tiada jemaah dan Imam?”
Jawab Baginda, “Tinggalkanlah parti-parti itu semuanya. Sekalipun engkau akan memakan akar-akar kayu, namun engkau tetaplah pada pendirianmu itu”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *