Batu Uban siapa peduli : Tinggal sejarah dan warisan

PERKAMPUNGAN MELAYU BATU UBAN BAKAL PUPUS   TINGGAL  NAMA  DAN  SEJARAH


Rentetan di bawah ini memperihalkan apa yang sedang berlaku tetapi tidak mendapat respons daripada pihak yang berautoriti  dan ahli akademik sehingga menimbulkan pertanyaan SIAPA PEDULI ?

  1.  PATUTKAH PERKAMPUNGAN MELAYU BATU UBAN  DIKORBANKAN KERANA PEMBANGUNAN KOMERSIAL YANG RAKUS
  2. Batu Uban adalah aset bagi   Peradaban Melayu dan  Tamadun Islam  di Malaysia.Terletak dekat dengan pusat kajian  tersohor universti penyelidikan USM. Dalam lengkongan USM ada rumah bersejarah Syed Sheikh Al Hadi, masjid Jelutong,perkuburan Datuk Keramat dll. Terabai  dan akan hilang tanpa kepedulian termasuk Batu Uban – masih boleh diselamatkan
  3.  BATU UBAN PETEMPATAN,PELABUHAN DAN TEMPAT BERSEJARAH    PERTAMA SEBELUM BERMULANYA ERA PENJAJAHAN DI P.PINANG   PADA TAHUN 1786 M   – BUKTI PETA TERAWAL KEPTEN WALTER AVIS   DAN KAJIAN PROFESOR AHMAD MURAD MERICAN  
  4. Nasib Warisan Melayu dan Islam  tidak terbela dan  beransur lenyap selepas 55 th merdeka
  5. WARISAN PENJAJAH DAN KAUM IMIGRAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN UNESCO -WARISAN MELAYU YANG HAKIKI TERLEPAS PANDANG  DAN TIDAK ADA TEMPAT LANGSUNG DLM  KERANGKA   ZON WARISAN  P.PINANG – PROF  MADYA SOHAIMI AZIZ     
  6. Warisan , Sejarah dan Peradaban  Melayu dan Islam punya nilai dalam pembangunan
  7. Negara-negara Barat dan Timur  membangun dengan pesat tetapi tidak mengetepikan sejarah dan peradaban mereka . P.Pinang hanya mengagungkan warisan penjajah dan kaum imigran tetapi  mengetepikan warisan yang asal –peribumi dan bumiputeranya
  8. PALING KETARA P.PINANG TELAH MEMINGGIRKAN WARISAN MELAYU. MELAKA YANG TELAH  MENJADI BANDAR WARISAN MELESTARIKANNYA DAN MEMULAKANNYA DENGAN WARISAN PERADABAN MELAYU DAN DIIKUTI OLEH PENJAJAH DAN KAUM IMIGRAN 
  9. Mempertahan kampung bukan bererti menolak pembangunan-  Kerajaan perlu menggazet beberapa kawasan  BATU UBAN DAN TANJONG TO’ KONG  sebagai zon warisan dan melestarikannya sesuai dengan  nilai kewarisanan
  10. USM sebagai pusat ilmu dan terletak berhadapan dengan perkampungan Melayu Batu Uban  patut berbuat sesuatu untuk menyelamatkannya. Warisan rumah P.Ramlee yang terkemudian boleh di selamat dan dilestarikan menerusi peranan institusi Muzium Negara Malaysia dengan penglibatan Pengarahnya Puan Zakiah Hanum. Mengapa duluan ini tidak disusuli  dan dijadikan sandaran untuk diambil tindakan. SIAPA PEDULI ? Saperti kata Tun Mahathir “Those who neglect history will be condemned to face it “ – SESIAPA YANG MENGETEPIKAN SEJARAH PASTI MENERIMA PADAH.

 

WARISAN YANG TERLEPAS  DAN HILANG SALAH SIAPA DAN SIAPA PEDULI ?

 

Satu lagi perkampungan Melayu yang terunggul di P.Pinang bakal tersungkur  ranap dan hilang pupus daripada pemandangan apabila pembangunan pesat arus komersialisme yang rakus mengambil tempat di Batu Uban P.Pinang. Sebelumnya perkampungan Melayu Bukit Kecil dan beberapa tempat hilang satu demi satu di depan mata tanpa usaha mengatasinya.

 

Batu Uban terletak di hadapan USM pusat penyelidikan tersohor yang megah berdiri sejak tahun 1969. Dalam kerangka pembangunan selama 40 tahun bagaimana institusi tersebut boleh terlepas pandang tentang nilai sejarah dan tamadun yang begitu tinggi di persekitarannya. Bahawa P.Pinang ada sejarah dan warisan gemilang sebelum penjajah tiba.

 

Tidak jauh daripada USM terdapat rumah warisan Syed Sheikh Al Hadi, pusara Allahyarham, Masjid Jelutong yang didirikan oleh Datuk Nakhoda Kecil pembuka Tanjong Penaga yang kini bernama George Town, perkuburan Datuk Keramat seorang peneroka dan ulama  dari Aceh  dan Bukit Tok Setia dan Datuk Janaton di mana bertempatnya USM Minden P.Pinang.

 

Umum mengetahui rumah bersejarah Syed Sheikh Al Hadi sudah jadi apa ? Kita sekadar boleh menyebut rentetan keunggulannya. Tokoh yang  memulakan gerakan Islah di Malaya dengan penerbitan Majalah Al Imam. Tokoh pendidikan Islam moden dengan terasasnya Madrash Al Masyhur, tokoh persuratan dan pesuratkhabaran dengan terasasnya akhbar Saudara dan The Jelutong Press dan Pengarang emansipasi wanita Hikayat Faridah Hanum. Malangnya rumah bersejarah tersebut kini terlepas daripada jangkauan kita dan malang sekali apabila ditukar menjadi rumah peribadatan. Sebelumnya rumah tokoh besar sehebat Shakespeare. Hanya bangsa yang besar mengenang jasa para tokoh dan pahlawannya.

 

Kini sebuah lagi perkampungan Melayu yang bersejarah Batu Uban akan menjadi mangsa ditelan arus pembangunan di depan mata kita. Kajian demi kajian telah didedahkan tentang nilai sejarah dan peradaban kampung ini. Adakah sekali lagi kita terlelap, tidur berdengkur.

 

Profesor Ahmad Murad Merican daripada Universiti Petronas menyatakan Batu Uban adalah pelabuhan yang pertama sebelum George Town. Dibuka oleh Datuk Nakhoda Nan Intan dengan restu baginda Sultan Kedah Tuanku Muhamad Jiwa ,    50 tahun sebelum kedatangan Kepten Francis Light. Buktinya terdapat masjid yang didirikan beliau hingga kini.

 

Batu Uban adalah sebuah bandar dalam peta lakaran Kepten Walter Avis, peta pertama Inggeris sebelum membuka P.Pinang. Ia adalah pusat pengajian dan tumpuan ulama. Ia telah menjadi pelabuhan penghubung di antara P.Pinang dengan Alam Melayu dan pusat pentadbiran. Ia juga adalah tempat tercetusnya masyarakat Jawi Pekan atau Jawi Peranakan hasil perkahwinan Melayu dengan Arab. Di sini banyak bermulanya sejarah terawal. Ia adalah LIVING HERITAGE. Kerjasama semua pihak diperlukan untuk melestarikannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>