Sekitar kuliah sabtu malam Syed Naquib al Attas

Setelah hampir 3 bulan berehat,pada sabtu malam yang lepas, kuliah Syed Naquib al Attas telah diteruskan seperti biasa. Dewan utama yang mampu memuatkan 500 orang hampir penuh. Pengunjung ada yang datang dari INTAN,Singapura, UIA, orang awam dan mahasiswa UTM tentunya.

IMG_4503

 

 

Pada malam itu tema utama yang disyarahkan oleh Prof Syed Naquib adalah tentang nation and nationhood(bangsa dan kebangsaan). Menurut Syed Naquib, sesebuah negara itu mestilah mempunyai sentiment of solidarity(unsur pemersatu).

IMG_4507

Menurut Profesor al-Attas terdapat empat elemen dalam sesebuah negara yang mempunyai solidarity iaitu agama, bangsa, sejarah politik, dan bahasa.

Kita sedia maklum bahawa dari segi agama, orang melayu di Malaysia mempunyai agama yang berbeza dengan orang Cina yang beragama Buddha dan orang India yang beragama Hindu. Begitu juga dengan bangsa sudah tentu ianya berbeza.

Begitu juga dengan faktor sejarah politik. Orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini tidak mempunyai pertalian sejarah politik yang sama dengan orang Cina dan India yang datang dari tanah besar masing-masing pada satu ketika dahulu.

Oleh itu, satu-satunya faktor yang tinggal ialah bahasa iaitu bahasa melayu. Prof al Attas menegaskan bahawa bahasa melayu boleh digunakan sebagai asas bagi menyatukan pelbagai bangsa yang ada di negara ini.

Namun begitu, cadangan ini tidak dipersetujui oleh pemimpin pembangkang ketika itu iaitu Lim Kit Siang dan juga Lee Kuan Yew. Dalam satu debat pada tahun 60 an dengan Lim Kit Siang pemimpin pembangkang itu tidak setuju supaya bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan untuk menyatukan pelbagai bangsa dan etnik di negara ini. Mereka lebih cenderung kepada penggunaan multi language dengan mengambil Switzerland sebagai contoh yang menggunakan tiga bahasa. Namun begitu,  Switzerland adalah sebuah negara yang terdiri dari agama yang sama, bangsa yang sama dan juga memiliki sejarah politik yang sama. Oleh itu, kita tidak boleh membandingkan Switzerland dengan Malaysia.

Oleh itu pendekatan yang paling berpotensi untuk menyatukan bangsa di begara ini ialah dengan menggunakan faktor bahasa iaitu bahasa melayu.Pendekatan ini telah berjaya dilakukan di Indonesia yang menyatukan rakyatnya yang terdiri dari pelbagai bangsa dan etnik dengan menggunakan bahasa indonesia.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *