REVOLUSI MESIR YANG GAGAL- TENTERA ADALAH SEGALA-GALANYA

REVOLUSI RAKYAT MESIR  MENUJU DEMOKRASI  GAGAL.  RAKYAT KURANG MEMAHAMI PROSES DEMOKRASI. MEREKA GAGAL MENYIKAPI KEFAHAMAN BAHAWA TENTERA ADALAH PIHAK YANG SEDANG MENUNGGU-NUNGGU PELUANG UNTUK MENGAMBIL KESEMPATAN APABILA PELUANG TERBUKA. ITULAH YANG TELAH BERLAKU. DALAM SEKELIP MATA KUASA PRESIDEN RAKYAT DIBATALKAN. KEMENANGAN MORSI DIHUMBAN. KUASANYA DIBUNGKEM.

Tentera yang menguasai pemerintahan selama 60 tahun kembali berkuasa. Demokrasi hanya bertahan selama 12 bulan lebih sahaja. Mengapa ? Rakyat terlalu emosional. GHAIRAH SANGAT  mempertikaikan kuasa Presiden Morsi. Terlalu keras dan sensitif terhadap sesama sendiri. Presiden yang berlembut dengan rakyat menjadi mangsa. Bila keras dikata diktator .

Akhirnya rakyat mendapat corak pemerintahan  yang selayaknya bagi mereka. Pemerintah yang kejam dan keras.  Sama sekali tidak memberi ruang untuk bertolak ansur dengan kebebasan dan keadilan. Itulah  hakikatnya dengan pemerintahan tentera yang berlaku sebelum demokrasi.

Rakyat yang baru beroleh kebebasan menggunakan kebebasan dengan sewenang-wenang sehingga merosakkan demokrasi. Rakyat  memberi signal supaya pemerintahan secara demokrasi ditumbangkan.Isyarat ini diberi  dengan penuh semangat dan  ghairah kononnya atas nama demokrasi.

Kini Mesir kembali kepada autokrasi. Gerakan Islam yang membuka ruang kepada demokrasi  diburu sebagai pengganas. Sedangkan mereka adalah rakyat yang mahukan pemerintahan di atas landasan demokrasi sebagaimana amalan di serata dunia terutama di dunia barat.Hal ini menjadi sesuatu yang asing di dunia Islam. Kumpulan negara-negara Islam seperti OIC tidak dapat berbuat apa-apa dalam  memulihara standad  DEMOKRASI.

Nyata peristiwa di Mesir membongkar pekong   Amerika  yang sebenar. Juga terserlah sikap double standard Barat berhadapan dengan gerakan Islam yang menang menerusi proses demokrasi . Mereka menyokong kudeta di Mesir demi keselamatan Israel. Mengembalikan Mesir pada status quo sebelumnya di bawah rejim ganas tentera yang siap siaga bertindak terhadap rakyat yang berani  melawan keganasan dan kezaliman.

Sebelumnya Mesir menjadi negara Arab penerima bantuan ketenteraan  AS paling besar. Tukarannya Mesir mesti  akur dengan kehendak Israel menerusi  perjanjian Kem David . Mesir tidak boleh sama sekali menyokong Palestin. Adakah keadaan sebelum naiknya Morsi  kembali ke asal. Mesir menjadi sekutu AS dan negara sahabat Israel. Dalam hal ini ISLAM diletak di mana ?

Saksikan video yang mendedahkan situasi  hegemoni dan kuasa tentera di Mesir 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *