TAN SRI KHALID – SELANGOR ADALAH MINI MALAYSIA

Tan Sri Khalib Ibrahim MB Selangor mengumpamakan Selangor adalah MINI MALAYSIA untuk pemerintahan PAKATAN RAKYAT. Selangor dengan bilangan penduduk 5.4 juta terletak di tengah Malaysia. Selangor menjadi perhatian dan tumpuan negara. Dasar-dasar ketelusan yang diamalkan di bawah kepimpinannya telah berjaya meyakinkan pelabor luar untuk menanam modal di Selangor.

Terkini sebuah syarikat luar dari Thailand menyatakan hajat untuk melabor RM 500 juta di Shah Alam melibatkan projek  pembinaan supermarket. Nescaya pulangan daripada pelaboran  ekonomi ini akan dinikmati rakyat jelata. Selangor sudah tentu menjadi model ekonomi terbaik Malaysia dan membawa mesej tentang keupayaan PR mengurus tadbir negara secara telus jika mendapat sokongan rakyat dalam PRU ke 14.

Cara terbaik untuk rakyat menilai prestasi sesebuah kerajaan ialah  menerusi urus tadbir  ekonomi yang berkesan. Dalam hal ini Khalid berjaya menunjukkan ekonomi Selangor sehat, dinamik dan terbukti  meyakinkan untuk bergerak ke depan.

Syabas di tengah -tengah keadaan ekonomi negara bermasalah dengan perbelanjaan yang defisit saban tahun , Selangor mengalami bajet yang berlebihan – surpuls. Ekonominya menanjak pesat. Semuanya  ini terjadi  barkat kepimpinan yang telus dan beramanah ! Sebagaimana kata yang masyhur apabila sesuatu urusan itu diberikan kepada ahlinya nikmatilah  keberhasilannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *