KATA BERHARGA IBN RUSYD AHLI FALSAFAH DAN PERUBATAN ISLAM (1126-1198 M)

IBN RUSYD  1126-1198 M AHLI FASAFAH DAN PERUBATAN ISLAM ABAD KE 12 MASEHI

“Sesiapa yang mempelajari anatomi akan meningkatkan keimanannya terhadap kekuasaan dan keesaan Tuhan yang Maha Berkuasa.

Ibn Rushd berkata bahawa

Kegembiraan yang sebenar bagi manusia pastinya dapat dicapai melalui kesihatan mental dan psikologi, dan orang ramai tidak dapat menikmati kesihatan psikologi melainkan mereka mengikuti jalan yang membawa mereka kepada kegembiraan di alam akhirat, dan melainkan mereka menyakini Tuhan dan keesaan-Nya

TULISAN IBN RUSYD

Ibn Rushd mengulas bahawa Islam mensasarkan pengetahuan yang benar iaitu pengetahuan mengenai Tuhan dan ciptaan-Nya. Pengetahuan benar ini juga melibatkan perkara mengetahui pelbagai cara yang membawa kepada kepuasan duniawi dan menghindari kesengsaraan di alam akhirat.

Pengetahuan amali jenis ini meliputi dua cabang:

  1. fiqh yang menyentuh aspek kehidupan manusia yang material atau nyata.
  2. sains rohani yang menyentuh permasalahan seperti sabar, syukur dan moral.

Beliau membandingkan undang-undang rohani dengan perubatan dalam kesan kedua-duanya ke atas manusia secara fizikal di satu sudut, dan secara moral dan rohani di satu sudut yang lain.

Beliau menarik perhatian bahawa kesihatan rohani diistilahkan sebagai taqwa dalam al-Quran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *