World View on Islam Series (WISE) 2014

Siri Wacana Pandangan Alam Islam (WISE) 2014 adalah siri kuliah yang dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), yang merupakan pengantar bagi gagasan Pandangan Alam Islam sepertimana yang dijelaskan dan dihuraikan oleh Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam karya-karya agungnya, Risalah Untuk Kaum Muslimin, Islām & Secularism dan Prolegomena to the Metaphysics of Islām.

WISE 2014 telah memasuki tahun keempat penganjurannya dan dengan jayanya telah melahirkan 3 kumpulan graduan yang terdiri daripada pelajar, pensyarah dan golongan profesional. Hasil pengajian WISE 2014 ini telah dimanfa‘atkan oleh para peserta yang terdiri daripada pelajar, pensharah dan golongan profesional dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

WISE merangkumi tiga semester dan mengandungi 20 mata kuliah dan diisi dengan wacana ilmiah Pandangan Alam Islam – seperti Hakikat Ketuhanan; Hakikat Wahyu, Hakikat Insan dan Psikologi Jiwanya; Hakikat Alam, Hakikat Ilmu, Hakikat Agama, Nilai, Ta’dib sebagai Rencana Pendidikan, Masalah Dalaman Kaum Muslimin, Ancaman Luaran Kaum Muslimin dan Falsafah Sejarah.

WISE 2014 bakal dibimbing oleh para pensyarah yang berwibawa, yang mana telah dididik dan berpengalaman belajar secara langsung dengan Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas (di ISTAC, 1987-2002) dan sebahagian besarnya sekarang menjadi tenaga pengajar di CASIS, UTM KL.

Daftar WISE 2014 di:
http://hakim.org.my/registration

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>