SEPANJANG perjalanan sejarah hidup manusia, muncul berbagai bentuk atau model kerajaan. Ada yang unggul dan terbaik dan ada yang terburuk serta kejam.
Kerajaan dan sistem pemerintahan yang terbaik ialah SISTEM ISLAM di zaman Nabi Muhammad dan para khalifahnya dan yang terburuk ialah sistem selepasnya yang sama sekali menyimpang daripada ajaran Ilahi dan petunjuk Al Quran.
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam. Maka sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain daripada apa yang dimuliakan Allah kepada kita maka Allah pasti akan menghina kita.
Hari ini secara umum model terbaik yang menjadi pilihan dunia ialah DEMOKRASI. Namun sistem demokrasi penuh dengan kelemahan dan tidak sunyi daripada berbagai kepincangan terutama penyalahgunaan kuasa.
Di pihak yang lain ialah sistem KOMUNIS DAN SOSIALIS. Sistem komunis terbesar iaitu RUSIA telah ditolak rakyat. Mereka pun menerima demokrasi. Negera China sendiri beransur-ansur telah melonggarkan pegangan komunismenya. Ekonominya bersifat lebih terbuka dengan menerima ekonomi pasaran bebas.
Soalnya bagaimana kedudukan NEGARA,PEMERINTAHAN, KERAJAAN DAN DAULAH ISLAM. Mereka mempunyai model berkerajaan yang terbaik dan rekod pemerintahan yang terunggul.Mengapa memilih demokrasi secara melulu yang bertunjangkan ekonomi kapitalis yang menindas ?
Secara kasar hanya ada 4 model kerajaan yang terbaik :
A AMAL
Model kerajaan terbaik sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad dan para khalifahnya. Model kerajaan ini contoh yang
AMAT BAGUS. MODEL INI TIDAK LAGI WUJUD. HANYA MENJADI LAUNGAN, SERUAN DAN TINGGAL KENANGAN
B BERKEBAJIKAN /BAIK
Model negara terbaik sistem demokrasi sebagaimana yang sedang dipraktikkan di Jerman,Denmark,Sweden, Norway dan kebanyakan negara Eropa. NEGARA BERKEBAJIKAN
C. CEROBOH
KERAJAAN YANG MENCABUL HAK-HAK RAKYAT – penuh dengan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan berbagai kepincangan.
D. DRACONIAN
CORAK KERAJAAN YANG KEJAM, ZALIM, MENINDAS DAN MENGHISAP HAK-HAK RAKYAT DENGAN RAKUS. Penuh dengan berbagai akta untuk menumpaskan kebangkitan rakyat.

Syabas analisis yang bernas dan mudah.Perlu banyak penjelasan untuk membuka mata tentang corak kerajaan yang unggul