USAHA MELESTARIKAN MASA DEPAN WARISAN MELAYU TG TOKONG

Satu sidang akhbar mengenai isu ini telah dijalankan di Tg Tokong pada 29 Oktober 2012. Ianya dibuat selepas  Persatuan Penduduk Kampung Tg Tokong mengadakan pertemuan dengan KM  Pulau Pinang Tuan Lim Guan Eng di Komtar pada 27 Oktober 2012.

Ini berikutan pengumuman KM yang mengisytiharkan Kampung Tradisi Tanjong Tokong sebagai Kampung Warisan di dalam ucapan penggulungan menutup sidang DUN  PP pada 28  hb Oktober 2011.

SIDANG AKHBAR BERHUBUNG DENGAN WARISAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA KAMPUNG TRADISI  TANJONG TOKONG  Selasa  28 hb Febuari 2012

Sidang akhbar ini diadakan berhubung dengan perjumpaan dengan YAB Ketua Menteri  P.Pinang,  Tuan Lim Guan Eng pada hari Isnin  27 Febuari 2012 di Komtar  bersama dengan wakil-wakil Persatuan Penduduk Kampung Tg Tokong dan  “BAPAK”  Badan Bertindak Warisan dan Pembangunan Semula Tg Tokong

Dalam perjumpaan tersebut YAB telah menegaskan memang beliau telah mengesahkan kedudukan Tanjong Tokong sebagai Kampung warisan selaras dengan pengumumannya dalam DUN Pulau Pinang  pada 28 hb Febuari 2012. Beliau meminta pihak UDA menghormati keputusan yang dibuat oleh beliau dan kerajaan negeri Pulau Pinang  dalam kenyataan akhbar  The Sun sebelum ini.

Kenyataan ini mesti disusuli dengan tindakan untuk mewartakan atau menggazet Kampung Tradisi Tanjong  Tokong menjadi kampung Warisan. Tanpanya tidak ada makna sekadar pengumuman sahaja. Mesti disokong oleh penduduk yang terlibat.

Sesudah pengumuman tersebut wajib ada pembangunan bercorak warisan di dalamnya terutama mengekalkan warisan institusi seperti Warisan Madrasah Al Taqwa (1925) dan Warisan Persekutuan Setia Tanjong To’kong (1911). Rumah-rumah yang berpenampilan warisan mestilah diselamat, dipelihara dan dipulihara. Jangan  diruntuh sewenangnya .

Bila kami sebut warisan ia tidak bermakna galeri atau muzium sebagaimana yang difahami oleh pihak UDA Holdings.Itu adalah warisan yang mati.

Kami menolak pelan pembangunan UDA Holdings kerana  di dalamnya tidak ada pembangunan yang bercorak warisan. Kami mohon pihak kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan UDA Holdings menghentikan projeknya  dengan segera dan membuat pelan pembangunan yang baru untuk menyesuaikannya dengan  pelan pembangunan  yang bercorak warisan.

Pada kami yang dimaksudkan dengan warisan ialah Warisan  Yang Hidup dan Habitat  Yang Hidup LIVING HERITAGE  and LIVING HABITATE  Kampung Tradisi Tanjong Tokong.

Kami akan mengadakan perjumpaan umum  dengan  para penduduk untuk memaklumkan perkembangan ini kepada mereka. Kami akan  meminta persetujuan penduduk tentang corak pembangunan warisan tersebut. Berapa bilangan yang sebenarnya bersetuju.  Adakah penduduk bersetuju seluruh kampung ini dijadikan zon warisan atau bagaimana?

Atas persetujuan penduduk pembangunan warisan di atas sebahagian kampung ini mesti dimulakan dulu oleh pihak UDA Holdings berasaskan pelan cadangan yang disediakan oleh JK  Bertindak Warisan dan Pembangunan Semula Kampung Tradisi Tanjong Tokong bersama-sama dengan perunding warisan.

Buat masa ini hasil daripada soal selidik yang dijalankan pada tahun 2010 penduduk tidak menolak tentang pembangunan warisan. Sebahagian besar bersetuju dengan corak pembangunan bercampur iaitu  rumah warisan dan flet. Dalam usaha memantapkannya pihak kami telah mengambil daya usaha menubuhkan BAPAK   “ Badan Bertindak Warisan dan Pembangunan Semula Kampung Tanjong Tokong” , menjadi perintis dan JK pemandu dalam menjayakan pembangunan  bercorak warisan. Kami juga telah menubuhkan Koperasi Setia Muafakat Tanjong Tokong  untuk turut serta dalam pembangunan semula kampung ini.

Kami juga mempersoalkan dimanakah tanggung jawab sosial UDA Holdings kepada penduduk Tanjong Tokong kerana gagal membina perumahan untuk rakyat  Tanjong Tokong  di tanah tebusguna laut yang diperoleh dengan percuma.Sedangkan tanah itu diperoleh hasil penglibatannya dengan pembangunan semula kampung ini .

Semuanya dibangunkan rumah dan kondo mewah serta rumah kedai jutaan ringgit. Adakah pembangunan inin selaras dengan DEB yang digembar-gemburkan.  Adakah pelan pembangunan ini   telah diluluskan oleh pihak MPPP dan kerajaan negeri. Bilakah tarikhnya ? Pada papan tandanya tidak ada pelan kelulusan.

Jika tidak mengapa projek tersebut berjalan walau pun   tanpa projek perumahan untuk rakyat  terpinggir di Tanjong Tokong. Akibat   pengabaian dan pengkhianatan  UDA  terhadap DEB ramai rakyat yang terlibat yang patut mendapat peluang  hilang peluang untuk memiliki rumah di  bandar. Itu adalah fungsi asal UDA ditubuhkan untuk menempat dan membanyakkan Melayu di bandar.  Keadaan yang sebaliknya berlaku.

Kenyataaan akhbar ini dibuat oleh Para Pemilik rumah bernombor di Kampung Tradisi Tanjong Tokong  dan NGO – NGO yang terlibat. Disampaikan oleh Mohd Salleh Yahaya – Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjong To’kong, Pengerusi BAPAK JK Bertindak  Warisan dan Pembangunan Semula Kampung Tg Tokong  dan Aktivis Sejarah dan Warisan  Pulau Pinang.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *