SEJAUH MANAKAH ISLAMNYA BANK ISLAM DALAM OPERASINYA MELAKSANAKAN SYARIAH !

The overall mission or goal of Islamic finance is the socio-economic and moral well-being of the whole community. This means that its orientation and ethos differ, or should differ, from those of conventional banks-Tengku Razaleigh Hamzah

Untung  sama untung rugi sama rugi itulah urusniaga yang berpaksikan keadilan,  perkongsian dan kebersamaan. Justeru Allah melaknat sistem riba kerana operasinya berat sebelah, pincang dan zalim. Menguntungkan satu pihak dan menganiaya satu pihak yang lain. Allah menghalalkan jual beli yang operasinya menguntungkan dua pihak yang terlibat. Bank dengan pengguna.

Dengan sedikit hutang ,si peminjam akan menjadi muflis kerana riba yang bermaharaja lela. Daripada pinjaman yang kecil seperti hutang  kad kredit yang tidak seberapa  ia berkembang menjadi puluhan ribu  ringgit ke peringkat sehingga boleh memudaratkan, meruntuhkan  kehidupan seseorang individu, sesebuah institusi keluarga. Mangsa riba boleh  sakit jiwa dan gila kerana jenalu yang melekat ditubuh.Menghisap darah,kudratnya dan segala ikhtiaranya menjadi sia-sia. Terpaksa melunasi  hutang yang terbeban, membayar dan membayar  tetapi hutangnya tetap  tidak langsai

Sedangkan si peminjam tidak membuat tambahan pinjaman. Bank mencipta wang demi wang secara mudah dalam keadaan si peminjam SEDANG TENAT DAN MELARAT. PENGGUNA tidak pun membuat keuntungan atau mendapat sebarang hasil daripada pinjamannya.

Inilah sistem yang diguna pakai dalam dunia yang bertamadun ketika ini. Termasuk di negara umat Islam. Termasuk apa yang dinamakan bank yang kononnya beroperasi mengikut syariat Islam. Muamalah Islamnya setakat akad sahaja. Operasinya sama atau lebih buruk daripada sistem bank konvensional yang menunjangi sistem perbankan masa  kini.Riba tersembunyi dalam operasi yang dikatakan muamamalah atau mudarabah. Sekadar istilah penyedap hati.Operasinya tidak berbeza dengan bank konvensional ciptaan Barat.

Justeru saranan Tengku Razaleigh Hamzah  supaya bank Islam mengkaji operasinya sejauh manakah terbebas daripada riba yang mana Allah mengisytiharkan perang terhadapnya   wajar dikaji ! Islamnya  kita bukan sekadar upacara sahaja dalam menentukan halal dan haram , sah dan batal serta riba atau tidaknya urusniaga tersebut. Kita mestilah mengkaji dan meninjau lebih jauh.

                                  

Prosesnya  mesti lengkap dan menyeluruh, bukan terhenti sekadar upacara semata-mata. Ia  mestilah berbeza daripada amalan riba yang disebut secara terang dalam perbankan barat. Mesti wujud perbezaan yang ketara pada operasi, mekanisme dan penghasilannya.  Perbezaan yang jelas antara sistem perbankan Islam dengan bank Barat yang riba itu . Mengapa ?

Ini supaya orang tidak memfitnah dan memburukkan nama  Islam dan ulamanya. Konon Islam menghalalkan riba dalam bentuk urusniaga dan perjanjian. Para sarjana dunia akan merendahkan ulama kita   yang berfikir sungguh singkat sekadar perjanjian sahaja untuk  mengesahkan  seluruh  operasi.

Adakah Islam itu begitu mudah dalam membuat penyelesaian,   terhadap  soal yang paling berat dikutuk Allah iaitu riba. Meremang bulu roma apabila Allah mengisytiharkannya  perang.Kita mengambil ringan dengan akad sahaja untuk mengesahkan operasi.

Kalau sekadar akad, riba secara automatik menjadi sah  berdasarkan  perjanjian yang dimetrai.Bagaimana dengan  operasi menjana  keuntungan ? Dari manakah keluar jumlah yang berganda-ganda lipatnya. Kononnya urusniaga hasil daripada penjanaan dan penciptaan wang .   Ini sangat penting  untuk menentukan  adakah ianya halal atau haram. Adakah adil atau zalim. Adakah riba telah dilaksanakan secara tersembunyi dengan menggunakan istilah-istilah yang muluk tetapi operasinya tidak jauh berbeza dengan sistem riba perbankan Barat. Sekadar kosmetik dan hiasan  sahaja.Dalaman dan operasinya  sama.

Tidak mengapa bank membuat keuntungan berganda tetapi biarlah pulangannya dinikmati antara kedua belah pihak iaitu  pengguna dan bank. Untung sama untung dan rugi sama rugi.Keuntungan dibahagi antara bank dengan pihak yang terlibat dalam bentuk pemulangan rebat setelah langsai hutang.

Kalau tidak macam mana untung  yang luar biasa diperolehi. Tidakkah keuntungan diperolehi daripada pengguna. Malang pengguna tidak dapat  untung apa  pun hasil daripada operasi yang sangat menguntungkan ini. Hasil daripada penglibatannya yang dikatakan urusniaga. Proses ini berlaku  secara automatik. Kononnya keuntungan telah dibuat hasil daripada operasi  . Operasi yang  dikeruk secara paksa daripada pengguna yang diikat dengan perjanjian yang tidak seimbang yang  menguntungkan sebelah pihak iaiatu bank semata-mata.

Keuntungan berasaskan perkongsian jika ada sebenarnya  akan kelihatan lebih adil dan seimbang dengan agihan yang melibatkan kedua belah pihak. Hakikatnya bank tidak pun berusaha membuat keuntungan melalui  sebarang produktiviti. Sekadar perkhidmatan mudah  iaitu perkiraan  di atas kertas. Sedangkan dalam perniagaan  sebenar pengusaha berusaha berhempas pulas untuk menjana produktiviti.

Seperkara lagi jika dikaji perkhidmatan bank  melibatkan jumlah yang ramai tetapi mengenakan caj yang berat ke atas setiap individu yang berurusan dengannya. Ini juga satu urusniaga yang bank telah buat keuntungan.Setiap operasi dicaj secara berat membebankan pengguna yang menjadi pihak yang pasif sepasifnya kerana dieksploit oleh pihak bank. Adakah operasi seperti ini ditiru 100 peratus daripada perbankan Barat atau kita mengadakan sendiri ?

Apabila perbankan Islam dilaksanakan  yang  kononnya berasasakan syariat bentuk ini diteruskan tanpa sebarang pindaan. Bank Islam harus lebih seimbang dan manusiawi.Bukannya sebagaimana situasi kini.

Sebenarnya perniagaan  bank yang hakiki ialah keuntungan yang dijana hasil daripada eksploitasi. Jumlah penghasilan atau penjanaan keuntungan sebenarnya tidak ada tetapi bank tetap mencipta wang secara mudah berasasaskan riba/gandaan sesuka hati dengan kadar yang dilipatgandakan untuk membesarkan pokok berdasarkan  masa, dan bunga.

Ia dilakukan tanpa ada ada apa -apa pemulangan perkhidmatan  kepada  pengguna melainkan bebanan yang dimangsakan ke atas pengguna secara berterusan.Inilah asas perbankan yang dilaksanakan oleh Eropa  yang menirunya daripada Yahudi. Kemudiannya berkembang ke seluruh dunia termasuk dunia Islam. Maka umat Islam menciplaknya 100 peratus tanpa ada muamalah Islam yang jelas di dalamnya dari segi mekanisme.

Ternyata bebanan dan risiko  dimangsakan kepada pengguna 100 peratus dan hasil daripada ekploitasi/pemerasan   dinikmati oleh bank 100 peratus. Inilah  hakikatnya sistem perbankan yang berjalan selama ini di zaman yang dikatakan memandang tinggi kepada hak asasi manusia. Sistem ini dipercantikkan apabila direstui oleh bank yang memakai nama Islam . Alangkah buruknya Islam apabila ia bersekongkol dengan riba dan kezaliman.

Jadi bilakah Islam  akan terlihat mempunyai mekanisme berasaskan model muamalahnya sendiri.  Kini ulamanya berfikir secara mudah. Pemikiran ulamanya jumud dan buntu atau tidak berfikir langsung. Mereka menganggap penjanaan keuntungan itu proses yang normal dan halal.Ia sebenarnya bukan  urusniaga tetapi  pemerasan yang dihalalkan ke atas pengguna. Dalam keadaan pengguna parah akibat hutang yang bertambah bank tetap ghairah  mencipta  keuntungan demi keuntungan  hasil daripada pemerasan demi pemerasan untuk menjana keuntungan.

Halal bukan sekadar upacara iaitu akad dan perjanjian. Adakah penyelesaian sistem perbankan yang ditentang kerana ribanya secara keras oleh para ulama tradisional dulu  tiba-tiba menjadi begitu mudah diperhalalkan. Kalau sekadar akad  saja  kita sebenarnya telah mengikut barat secara melulu tanpa ada ijtihad dan operasi yang berasaskan syariah.   Operasi secara Islam  hasilannya ternyata lebih adil dan seimbang di antara kedua belah pihak.

Lontaran ini untuk melihat sejauh manakah berbezanya sistem perbankan  Islam lebih baik  berbanding dengan operasi  bank yang berasaskan riba. Apabila ianya lebih teruk kerana dikritik oleh ramai pengguna umat Islam maka eloklah bank Islam mengkaji operasinya sebagaimana yang disarankan oleh Tengku Razaleigh.

Beliau tentu lebih arif tentang sistem bank riba. Beliau bersuara kerana  nampaknya terlalu banyak aduan bahawa sistem bank Islam lebih kuat menindas berbanding dengan bank konvensional.Ini sudah pasti telah memberi imej yang buruk terhadap perbankan yang memakai nama Islam. Tidakkah Islam ini apabila berporeasi secara syumul membawa keselamatan dan kesejahteraan kepada umatnya.Ini wajib dibuktikan bukan pada nama tetap amalan dan operasinya !

YANG HAHAL TETAP HALAL WALAU PUN KITA MENGHARAMKANNYA. YANG HARAM TETAP HARAM WALAU PUN KITA MENGHALALKANNYA. ALLAH MENGHALALKAN PERNIAGAAN DAN MENGHARAMKANNYA RIBA. APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA RIBA DAN JUAL  BELI  APABILA OPERASI BANK KONVESIONAL DENGAN BANK ISLAM LEBIH KURANG SAMA ATAU LEBIH BURUK LAGI OPERASINYA DALAM MENGEKSPLOITASI PENGGUNA ! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *