TIGA PEJUANG / PEMIMPIN BESAR YANG MATI DI BULAN FEBUARI

Antara pemimpin besar yang mati dibunuh di bulan ini ialah Hassan Al Banna di Mesir pada 12 Feb 1949. KEDUA ialah Tan Malaka pemimpin besar revolusi Indonesia. Bapa republik Indonesia kerana menulis wawasan Indonesia Merdeka 20 tahun sebelum kelahirannya pada 17 Ogos 1945. Bahkan Sukarno banyak mengambil idea dan kupasannya mengenai arah perjalanan revolusi, cara mana menggerakkan massa.Tan Malaka seperti Thomas Jefferson yang menulis perlembagaan AS. Gambar TJ terpampang pada wang kertas dollar AS. Tan Malaka diktiraf sebagai pahlawan nasional Indonesia. Hassan al Banna adalah pejuang Islam di Mesir yang berusaha membina dan membangkitkan semula khilafah Islam setelah jatuhnya khalifah Islam di Turki pada tahun 1925.Jatuh di tangan rejim sekular tajaan Yahudi dan Barat pimpinan Mustafa Kamal Ataturk.Model Turki dijadikan syarat bernegara bagi wilayah yang bakal dimerdekakan oleh Barat.Itu juga syarat yang ditegaskan oleh Lord Cromer sebelum meninggalkan Mesir : Mesir sekali-kali tidak akan dibenarkan keluar daripada acuan barat.Mesir tidak akan dibiarkan kembali menjadi  DAULAH ISLAM Pemimpin ketiga yang kembali ke pangkuan ilahi pada bulan Febuari pada tahun 1990 ialah Bapa Kemerdekaan kita Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera Al Hajj. Tunku yang datang dari kelas atasan, golongan bangsawan dikenangi sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat. Seorang demokrat tulin yang percaya kepada nilai-nilai demokrasi. Satu sifat terpuji yang dipeganginya ialah Tunku tidak pernah menggunakan kedudukan untuk membuat harta atau membina empayar perniagaan atau memasang kroni di sekelilingnya.  Beliau menghabiskan usia tanpa mengganggu pemimpin yang selepasnya. Beliau percaya masanya telah berakhir dan menerima kenyataan. Sebagai demokrat tulin beliau tidak senang hati apabila kuasa disalahguna, mahkamah diperalat dan kebebebasan media disekat. Tunku sebagai pengasas Negara mahu Malaysia yang sejahtera,tegak di asas-asas bernegara secara luhur berlandaskan RULES OF LAW , KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.Tunku merupakan pemimpin yang peka dan tajam penglihatan mampu menelah apa yang jadi kemudian. Bagi memperingati amanat Tunku saksikan video dibawah ini berisi mesej terakhir Tunku kepada rakyat Malaysia . Kita mengenang pemimpin kerana jasa-jasa yang terpahat hasil daripada penggorbanan mereka. Sebagaimana kata Presiden  Sukarno bahaw hanya bangsa yang besar tidak akan melupakan jasa para tokoh dan pemimpinnya. Hanya kita yang kurang menghargai jasa para pemimpin yang membuat pengorbanan besar menentang penjajahan seperti  Dr Burhanuddin Al Helmi, Ishak Hj Muhammad, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakub, Shamsiah Fakeh dan selainnya yang mengorbankan jiwa raga mereka demi kemerdekaan bangsa daripada belenggu penjajahan. SEJARAH BUKANNYA PROPAGANDA IA MESTI DILURUSKAN DENGAN MENCERIITAKAN APA YANG SEBENARNYA BERLAKU !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *