ANWAR IBRAHIM ANAK BERTUAH KEBANGGAAN MALAYSIA-PEMIMPIN TERUJI MERENTASI BENUA !

Ketika DSAI dipecat daripada kabinet,disiat daripada tampuk kekuasaan, dibuang daripada UMNO , diaibkan sehina-hinanya,  ramai berkesimpulan politiknya telah bungkus, khalas, tamat.

 Rakan seperjuangan dalam UMNO juga lari.Takut terima tempias, sial yang mengelilingi Anwar.Dalam percaturan politik ala Michiavelli, rakan kepada musuh adalah musuh juga, perlu dimusnahkan. Tidak ada lagi budi bahasa dan suruh tegah Islam dalam politik UMNO baru yang bila dianalisis dengan benar bukanlah kesinambungan perjuangan UMNO lama untuk agama,bangsa dan negara.Politik telah menjadi seni pemerkasaan kuasa semahu-mahunya, nihil akhlak.Para pelakunya adalah political monster.Kuasa bukan amanah
lagi tetapi hak mutlak untuk dimanipulasi sesuai dengan cita rasa dan nafsu serakah sangat pemimpin.

Pada ketika itu,orang pertama yang mengunjungi,memberi sokongan moral kepadanya ialah Ustaz Fadzil Noor. Beliau sahabat lama,rakan perjuangan dalam ABIM. Radar pengesannya dapat membaca apa yang bakal berlaku. Situasi ini peluang terbaik, buat menghadapi UMNO.

Segera seorang negarawan dari seberang Tambak Johor memberi respons dalam bentuk komentar.Ia juga mempunyai perhatian besar terhadap masa depan DSAI. Komentarnya diterjah dalam bentuk persoalan:

Adakah Dr Mahathir mempunyai masa untuk groom/menampilkan seorang pemimpin sehebat Anwar.Pemimpin yang punyai jaringan sahabat/pemimpin seantero  dunia. Yang sekejap terbang ke timur, kemudian ke barat.

Persoalan itu sebenarnya telah terjawap.Malaysia memang kegersangan pemimpin bertaraf antarabangsa.Lebih lebih lagi apabila Dr Mahathir mengosongkan kerusi PM.Yang terlantik kemudian memang tak sehebat Dr M dan jauh daripada kewibawaan DSAI semasa jadi TPM.

Memang tepat perhitungan Ustaz Fadzil Noor yang mendatangi DSAI sebaik beliau dipecat. Dengan gandingan mantap dua tenaga pemimpin hebat dari ABIM itu Terengganu jatuh ke tangan PAS pada PRU ke 11, 1999.Sebagai ahli strategis Ustaz Fadzil sangat arif dengan potensi kelebihan DSAI.

Pemimpin diuji dengan musibah.Ia bangkit dan tidak musnah.Pemimpin difitnah berulang kali namun ia tetap intiqamah. Ia berjaya merubah keadaan berkat kewibawaan,aura dan kepemimpinan yang punyai karismatik, keperibadian tinggi. Segala mekanisme telah dipergunakan untuk meranap dan meruntuhkan karier politinya.Namun ia tidak patah semangat dan mudah mengalah. Ia tetap percaya pada proses demokrasi yang telus, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang undang. Hasilnya berkat ketabahan pertama kali dalam sejarah:

Kuasa dua pertiga BN telah dinafikan dalam PRU KE 12,  2008- 5 negeri jatuh ke tangan PR

PR mendapat undi popular 52 peratus mengatasi BN dalam PRU ke 13,  Mei 2013.

Anwar punyai hubungan baik dengan Indonesia, punyai persahabatan dengan Turki, punyai jaringan keakraban dengan cendekiawan dan ilmuan di seluruh dunia.Ini semua ramuan ,aset dan modal besar kepada negara.Para pemimpin Timur Tengah telah mengenalinya jauh sebelum ia jadi TPM.Ia pernah menjawat sebagai pengerusi belia sedunia di bawah UN, menganjurkan persidangan WAWY yang terpaksa dirasmikan oleh PM pada ketika itu Datuk Hussein Onn kerana besarnya wibawa beliau. Akhir sekali dengan menggunakan DSAI yang dibawa masuk ke dalam UMNO pada tahun 1981, Dr Mahathir mendapat pertolongan besar untuka menghadapi kemaraan PAS yang diterajui Fadzil Noor, menghadapi saingan terdekat Dr M dalam hararki UMNO sendiri seperti Datuk Musa Hitam dan Tengku Razaleigh.Dengan terkeluarnya DSAI daripada UMNO telah menjejaskan prestasi BN. BN telah kehilangan sokongan undi daripada bukan Melayu.Siapa boleh menafikan kenyataan dan fakta yang berlaku.Ia telah mengukir sejarah.Akhir kata taqdir akan menentukan beliau akan jadi PM atau tidak.Jika suratan taqdir menentukan begitu,segala fitnah tidak akan mempan dan menjadi. Insya Allah kebenaran akan terserlah !Malaysia sangat memerlukan barisan pemimpin pelapis yang sangat berwibawa. Kebetulan tenaga dan ketrampilan ini banyak kedapatan dalam PR yang berjaya dibina oleh DSAI. Di bawah Dr M pemimpin yang cuba menyaingi beliau seperti DSAI telah dimangsakan. Memang di sebalik setiap musibah ada hikmahnya. Terpulang kepada rakyat untuk menangkap peluang dan memilih yang terbaik demi masa depan negara.

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “ANWAR IBRAHIM ANAK BERTUAH KEBANGGAAN MALAYSIA-PEMIMPIN TERUJI MERENTASI BENUA !

  1. Sebagaimana kata Prof Ungku Aziz jika takdir menentukan Anwar jadi PM siapa dapat menghalang. Moga2 hasratnya untuk berbakti kepada nusa dan bangsa demi masa depan Malaysia di makbulkan Allah hendaknya

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *