FAKTA DUNIA ISLAM TERKINI

Kini jumlah umat Islam terkini mengikut perangkaan terkini ialah 2.1 bilion (2100 juta ) atau 2,100,000,000. Negara umat Islam teramai ialah di Indonesia seramai 330 juta lebih.Apabila dicampur dengan Malaysia,Selatan Thai,Selatan Filipina, Burma dan jiran terdekat Bangla Desh jumlahnya menjangkau 350 juta.

Inilah belahan dunia paling ramai dihuni oleh umat Islam.Ia mengatasi Timur Tengah, benua India Pakistan, Turki, Asia Tengah dsbnya. Fakta ini menunjukkan bahawa pusat kebangkitan Islam telah beralih dari Timur Tengah ke sebelah Asia Tenggara.Khususnya Malaysia dan Indonesia. Kita dipertanggung jawab untuk menjadi pemimpin DUNIA ISLAM.

Apakah potensi yang ada di dunia Islam ?

Fakta menyebut bahawa 60 peratus sumber hasil dunia seperti petroleum,gas asli,minyak sawit, kapas,sumber galian dll datangnya daripada negara umat Islam.

Fakta juga menyebut tidak ada sebuah pun negara umat Islam yang dapat menyaingi prestasi ekonomi sebuah negara Kristian Barat seperti Norway,Sweden dan Finland.Bahkan hendak dibandingkan dengan negara sekecil Holland,Belgium, Denmark dan negara sekecil Swiss pun kita amat jauh ketinggian.

Malahan Malaysia yang dikatakan model terbaik ekonomi negara umat Islam apabila dibandingkan dengan prestasi memberangsangkan ekonomi Singapura kita telah ditinggalkan.

Bahan mentah,tenaga mahir,letrik dan sumber air, sumber kewangan dll faktor datang daripada Malaysia.Bagaimana pun Singapuralah yang memanfaatkan kelebihan yang kita ada. Hingga ke hari ini nilai ringgit jauh tersusut berbanding dengan dollar Singapura. Itulah petunjuk bahawa ekonomi kita merosot berbanding dengan ekonomi Singapura. Singapura mempunyai lebihan dan aset menjangkau trillion sedangkan hutang luar kita mencecah sehingga menghampiri 55 peratus KDNK negara.

Ini belum dibuat perbandingan berdasarkan urus tadbir dan tata kelola kerajaan yang telus.Dari segala segi kita masih ketinggalan.

Hakikatnya tamadun Islam masih di belakang tamadun Confucius China dan tamadun Hindu di India.Mengapakah pencapaian tamadun Islam begitu rendah dan buruk sedangkan agama ini direstui Allah dan umatnya diberi amanah sebagi umat contoh dan ikutan terbaik sandaran umat manusia seluruhnya !

Apa kata musuh-musuh Islam tentang punca kelemahan dunia Islam :

MOSYE DAYAN pemimpin Zionis yang mengalahkan 3 buah negara Arab dalam perang Arab- Israel tahun 1967,membongkar 3 punca kelemahan dunia Islam :

Umat Islam tidak peduli sejarah ,langsung tidak ambil iktibar daripada sejarah. Sedangkan 700 tahun lalu seorang sarjana Islam Ibn Khaldun bapa ilmu sosiologi menyatakan sejarah adalah ilmu fardhu ain, sesuatu yang wajib dituntut demi memahami situasi dan realiti.Ilmu yang mampu membezakan di antara kebenaran dengan kepalsuan. Adakah kita telah keluar daripada masa bodoh atau masih kekal dengan kemunduran dan kejumudan yang pekat.

KEDUA- Umat Islam tidak suka membaca sedangkan perintah pertama Allah dalam Al Quran ialah IQRAK BACALAH !
Mereka tidak membaca Al Quran dengan sesungguhnya sehingga mengenal Allah dan tidak mengikut iblis,syaitan dan Thoghut.

Ketiga para penguasa umat Islam suka membunuh bakat pemimpin yang baik dan mengkhianati kepemimpinan yang soleh kerana sikap tamak dan rakus untuk terus berkuasa dengan sewenang-wenang.Para umara negara umat Islam sanggup bekerjasama dengan barat dan komunis untuk membunuh para ulama Islam yang berani dan layak memimpin.Ini telah dan berlaku di sepanjang sejarah.Lihat apa yang terjadi di Mesir !

Dalam ramai umat Muhammad menjangkau 2.1 bilion berapakah bilangan peribadi-peribadi yang mempunyai akhlak terpuji seperti nabi Muhammad dan para sahabatnya yang setia ? Yang berselawat ke atas beliau ramai berapakan bilangan yang mencontohi kepimpinan beliau yang hidup sekadarnya dan sangat mementingkan umat.Akhir kata sebagaimana wejangan Imam Ghazali:

Begitu ramai yang mengaku umat Muhammad tetapi tingkah laku ,pakaian danpraktik model ikutan mereka lebih menyerupai firaun,Qarun dan Haman.Dalam menjana kebangkitan tamadun Islam kita mencari jiwa-jiwa seperti Abu Bakar,Umar, Ali,Othaman yang dermawan,umar Abdul Aziz dan uhammad al Fateh .Wujudkah mereka di kalangan kita.Jika tidak kebangkitan Islam adalah igauan dan mimpi.Mengapa seperti kata Ustaz Danial umat ini masih mimpi dan berdengkor di siang hari. Yang wujud ialah syiar tanpa syariat, Al Quran tanpa pelaksanaan, pemimpin arogan tanpa amanah, ulama tanpa contoh perjuangan dan pembuktian pengorbanan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *