APA KATA KASSIM AHMAD

Apa kata Kassim sehingga menggegarkan negara dalam seminar Pemikiran Kassim Ahmad pada 16 Febuari 2014.Seminar itu telah dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir.Kita usah gelabah dengan kenyataan tersebut.

Pak Kassim memang pakar dalam heboh dan gah. Isunya umat Islam tidak mematuhi Al Quran,sebab itu mereka ketinggalan dan terhina daripada umat kafir. Ini adalah isu sebenar yang tidak pun pernah diberi yang penekanan serius oleh umat Islam.Mereka berasa keislaman mereka telah sempurna.Bila kita membaca Quran dengan penuh keinsafan kita akan perihatin di manakah kedudukan kita.Adakah kita beriman,fasiq atau munafik terhadap ajaran Allah.Nilaian kita berpadukan kitab yang kita di suruh baca dengan perintahnya IQROK

Fonomena yang Pak Kassim sebut dan ulang itu telah berlaku di sepanjang sejarah Islam.Rujuk Al Quran surah Al Furqan surah 25 ayat 30 yang bermaksud :

Maka berkatalah rasul : Sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran ini sesuatu yang ditinggalkan.

Maksudnya Al Quran telah dikesampingkan, tidak diacuhkan dan tidak dipedulikan untuk dijadikan sandaran utama,pegangan umat Islam.

Dalam pengalaman Melayu sehingga timbul peribahasa seperti Quran buruk.Hendak dibuang sayang ,nak dibaca tak boleh kerana telah terlalu lama ditinggalkan.

Tradisi kita meletakkan Al Quran untuk dilagukan dan dipertandingkan tanpa diambil berat maknanya. Sekali sekala ada baiknya mulut celupar seperti Pak Kassim
terhadap umat yang lalai terhadap petunjuk Allah ini.

Pendedahan Kassim Ahmad Tentang Sistem Politik Dunia

Beliau telah mendedahkan 3 sistem politik yang BOBROK yang digunapakai untuk mengurus umat manusia.Ketiga-ketiga sistem tersebut mencetuskan kekacauan besar.Sistem yang menimbulkan kerosakan besar dan mencetuskan malapetaka besar di seluruh dunia.Apakah sistem tersebut :

PERTAMA: SISTEM POLITIK LIBERAL – memberi kebebasan individu secara leluasa.Ditunjangi eknonomi kapitalis pemakan riba yang membawa keruntuhan kepada ekonomi dunia.Kebebasan mutlak membawa kepada kebuasan moral dan kebiadaban tanpa sempadan termasuk menggugat hak orang lain kerana mempertahankan kemewahan sendiri.
KEDUA – Sistem sistem komunis.Negara di kawal oleh parti yang memaksa individu taat kepada negara. Tidak ada hak rakyat di dalamnya.Parti,pemimpin parti dan politburo/ Jawatankuasa Parti yang berkuasa mutlak. Apa kata mereka menjadi hukum.

SISTEM TEOKRASI AGAMA YANG DIKAWAL PEMERINTAH YANG DISOKONG OLEH ULAMA YG TERIKAT DENGAN PEMERINTAH
SISTEM INI BERLAKU DI SAUDI ARABIA DAN IRAN

Inilah sistem yang menunjangi politik dunia untuk menguruskan pemerinthan.Tetnyata ketiga-tiga gagal.

APAKAH SISTEM ISLAM SEBAGAI PILIHAN DAN PEGANGAN UMAT ISLAM ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *