Sehingga kini belum ada jawapan di manakah pesawat MAS MH 370 menghilang ? Adakah ia terbakar dan meletup diudara ? Adakah kerana masalah kritikal yang melanda ia hilang kawalan terus menjunam ke laut ? Pesawat ini hilang daripada pengesanan radar dalam wilayah Malaysia, wilayah kita sendiri sebelum sempat memasuki angkasa Vietnam, 90 minit selepas berlepas . Kemudian ada laporan DCA menyatakan ia dikesan berpaling arah melintasi banjaran Titiwangsa menuju ke Selat Melaka kemudian menghilang entah ke mana ?
BBC also reported about the letter but it turned out to be false information… nothing at the Ho Chi Minh coast
Apa sebenarnya yang terjadi menjadi tanda tanya.Satu persoalan besar yang belum terjawab. Ini satu fenomena yang pelik kerana ia hilang dalam wilayah kita, dalam jangkauan liputan radar kita. Bagaimana peralatan canggih dalam pesawat gagal berfungsi menghantar mesej dan radar kita seperti tidak berfungsi untuk menjejaki kelibatnya ? Apa yang sebenarnya berlaku ? Adakah ia telah dirampas sebaik saja berlepas oleh perampas yang menyamar sebagai penumpang di dalam pesawat tersebut ?
Mereka yang mengarahkannya ia berpusing dan membawa ke satu lokasi rahsia yang tidak boleh dikesan entah di mana. Di luar Laut China Selatan, di luar laluan Selat Melaka menuju ke Lautan Hindi. Ke satu lokasi rahsia yang dikawal ketat oleh tentera. Pesawat itu mempunyai bekalan minyak yang cukup selama 7 jam dan punyai kelajuan tinggi. Boleh menjangkau hingga ke lautan Hindi .
Pihak agensi di AS mengesahkan tidak ada letupan berlaku di Laut China Selatan. Pihak Vietnam mengesahkan tidak ada jumpaan bangkai pesawat apa lagi serpihan. Kemungkinan besar kini ialah apakah telah berlaku rampasan terancang.Rampasan untuk menguji sejauh manakah ketahanan dan keberkesanan sistem pertahanan kita.
Kemungkinan juga usaha campur tangan politik kita oleh pihak berkuasa besar .Satu lagi persoalan kenapakah Vietnam sejak dari awal menolak kehadiran armada asing dalam wilayahnya ? Adakah ia terkesan sangat sensitif ada muslihat di sebalik tragedi ini . Kita masih teraba-raba dalam mencari jawapan yang pasti kerana terlalu banyak spekulasi dan faktor penggangu yang menutup apa sebenarnya terjadi ?
Penjelasan yang diberi banyak yang berulang-ulang. Adakah ini suatu miracle yang tiba-tiba berlaku . Dalam zaman serba canggih ini tidak ada rahsia yang tidak dapat dicari dirungkai jawapannya . Teka teki dan puzzle ini seperti menyihir kita.Jawapannya pasti ada pada pihak yang merancangnya .Mengapa ? Ia bukan kemalangan , ia bukan letupan.Ia adakah sesuatu yang dirancang, jadi siapakah perancangnya ?
