MENJEJAKI DIEGO GARCIA , PENGKALAN RAHSIA AS DI LAUTAN HINDI – BERUPAYAKAH PESAWAT LAIN MELINTAS DI SANA ?

Pulau yang terdekat dengan Diego Garcia, nama Portugis ialah Pulau Maldives. DG pertama kali ditemui oleh armada Portugis  seawal tahun 1512.   Diambil alih oleh British yang masih menjajah India pada tahun 1945 .Kemudian diserahkan kepada AS sebagai pengkalan tentera yang sangat strategik di tengah Lautan Hindi. AS dikira memasang mata di sini untuk mengawal seluruh Lautan Hindi.

DG berada ditengahnya.Mengapa nama DG tetiba muncul. Ada laporan menyebut penduduk P.Maldives melihat sebuah pesawat besar berwarna merah dan putih terbang rendah melintasi angkasanya menuju ke selatan. Sejauh manakah kebenarannya ? Petunjuk dan clew  yang sekecil mana pun sangat berguna untuk mengesan kehilangan yang sangat misteri ini. Seperti ada tangan ghaib yang menangkap , mengawal dan menghilangkannya. Radar tentera kita mengesannya tetapi tidak dapat berbuat apa-apa.

Teknologi drone, iaitu pesawat tanpa pemandu telah begitu sangat maju untuk mengintip dan menyerang.Ia telah dipergunakan dengan meluas dan canggih untuk memusnahkan kubu-kubu Taliban. Meski pun begitu AS tetap bungkus dan tidak dapat bertahan.Diserang dan terus digempur oleh para pejuang yang nekad mempertahankan  tanah air mereka daripada pencerobohan dan keganasan kuasa asing yang sewenang menceroboh dan menghuru harakan  negara yang hendak dimangsakan.

Adakah AS atau kuasa pengganas telah  memiliki teknologi yang lebih canggih daripada drone itu.Teknologi yang membolehkan pesawat komersial dirampas dengan menggunakan alat kawalan jauh.Pengganas merampasnya dari jauh dan memaksa pesawat mendarat di lokasi rahsia yang telah ditetapkan.

{erlembangan terkini menunjukkan  senjata canggih lagi berbahaya bukan diuji di tempat terpencil seperti padang.Ia sedang diuji ditapak sebenar medan tempur yang dikonflikkan untuk melihat impak dan kehebatannya. Dulu telah dilakukan oleh AS ke atas Jepun. Bumi Jepun Hiroshima dan Nagasaki telah diletupkan dengan bom atom. Akibatnya  raja Jepun Emperor Hirohito  bertekuk lutut mengaku kalah kepada AS.

KINI operasi ini sedang dilakukan ke atas negara-negara umat Islam seperti Iraq, Afghanistan dan Gaza oleh sekutu AS , Israel. Mereka dapat impak sebenar yang jitu untuk menggerunkan dan menundukkan musuh supaya melutut kepada adikuasa tunggal dunia atas nama perang melawan keganasan. Teknologi tersebut selepas terbukti akan dijual kepada negara yang berasa terancam keselamatannya.

Industri senjata dan keselamatan adalah  nadi kepada eknomi AS semakin  merudum dan diancam kebangkrapan. Yali hanya ekonomi AS ialah perang dan rasa terancam untuk tunduk kepada jehendak AS. Tragedi  kehilangan penuh misteri MH 370 mengundang 1000 rahsia yang belum terjawab. MESTI ADA MOTIFNYA KERANA IA BUKAN KEHILANGAN BIASA. Kalau tidak angin masakan pokok bergoyang. Bila burung – burung terbang ke satu arah mesti ada penyebabnya. MUSTAHIL peristiwa misteri  berlaku tanpa penyebanya.

Adakah kehilangan MH 370  menunjukkan satu percubaan  yang  menggemparkan sedang dilakukan untuk membuktikan bahawa pesawat boleh dimatikan dengan menggunakan alat kawalan jauh yang  diprogramkan ke destinasi rahsia yang dikehendaki. Ttagedi ini mendedahkan banyak kelemahan dan kecuian dalam  sistem pertahanan kita .   Kita tunggu dan nanti perkembangan seterusnya. Mungkin ada penemuan yang menyakinkan dan lebih terfokus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *