MH 370, PENEMUAN BARU TANGAN MANA YG MENGGHAIBKANNYA ?

Misteri kehilangan MH  370 telah  mendekati 1 bulan. Pesawat itu hilang tanpa dapat dikesan jasadnya. Juga mayat para penumpang, juruterbang serta awak-awaknya. Lesap imej, luput  jejak perjalanannya dari skrin radar.Tiba-tiba setelah lebih 2 minggu terbit  pengumuman dari media rasmi dan berautoriti bahawa misi rahsia MH  370 seperti berakhir jauh di selatan,ditengah-tengah lautan yang sepi, terpencil daripada laluan penerbangan biasa. Di tempat tiada penghujung tanpa daratan. Hendak mencari pun sukar, penuh halangan dan cabaran , di luar kemampuan teknologi yang canggih.

Bagaimana tragedi ini seperti berakhir tanpa sebarang  urutan atau kronologinya. Mana trek dan rekod perjalanannnya ? Tak kan berakhir dengan begitu mudah.Ini kes yang paling  berat dan rumit . Kes yang paling misteri , paling menimbulkan tanda tanya dalam sejarah penerbangan. Ia pasti tidak akan tamat dan dimuktamatkan dengan kesimpulan yang santai. Ini suatu suratan taqdir.Skrip penamatnya begitu mudah.

Ia adalah kes yang kontroversi.Kes yang mencabar wibawa kita.Jika tidak maruah negara akan terkoyak. Integriti para pemimpin kita sedang dinilai, dipersoalkan.Dunia sedang menonton tindak-tanduk kita dalam skrin besar. Banyak sangat kehilangan yang berlaku. Hilang wang berbilion ringgit dalam kes BMF, kehilangan wang berbilion-bilion dollar dalam kes PKZ, hilang enjin jet kapal terbang, hilang rekod keluar masuk Altantuya dan paling besar hilang pesawat sepanjang 63.7 meter dalam ruang udara kita. Hilang,hilang dan hilang. Soalnya ke manakah menghilang ?

Tangan ghaib mana yang begitu berkuasa menangkap, melesapkannya.Ini tangan bukan sebarang tangan. Mesti tangan yang berkuasa.Tangan yang berjaya memadamkan respoder. Tangan yang mematikan segala bentuk pengesanan buat seketika untuk melenyapkan jejak dan menjayakan operasi.Tangan yang berperanan dari luar yang penuh kedayaan,kecekapan.Tangan ini amat perkasa , yang mengatur semua ini dengan licin sehingga dunia terbungkam diam.

Sungguh tidak terjejak oleh sesiapa pun. Pasti tangan in tangan unggulan, milik  Adikuasa yang maha perkasa kecanggihan teknologinya tiada tara .

Makanya seorang sarjana Profesor Muhammad Abu Bakar telah menganalisis tentang misteri pelik ini dengan menyatakan terlalu banyak spekulasi yang mengarah kepada keterlibatan kuasa besar dengan motif – agenda besar untuk menguasai Asia Tenggara khususnya dan Asia umumnya sekali lagi. Mungkinkah tragedi kehilangan ini adalah pemula ke arah  proses penjajahan semula secara tidak langsung.Perancangan yang melibatkannya agenda besar. Ia seperti satu amaran, satu kejutan dan ada mesej yang telah dihantar.Justeru pasti ada rentetannnya.Ia pasti tidak berhenti di situ sahaja NOKTAH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ???????????.

Di Asia Malaysia adalah wilayah yang paling  strategik, di tengah- tengah benua Asia. Berada di kedudukan pusat termaju,terpesat perkembangan ekonomi dunia- China, Jepun, Korea,Taiwan dan Vietnam.Di kawasan lalu lintas tersebok Selat Melaka. Sekali lagi tragedi mistri ini telah menguji sejauh manakah kemampuan pertahanan kita untuk menghadapi pencerobohan . Pencerobohan yang lebih besar. Tambah menyedarkan kita akan  terjadi peristiwa yang lebih dahsyat seperti ini sekali lagi.Bersediakah kita menghadapi gejolaknya ?

Musuh yang sedang mengintai- ngintai punca kelemahan kita. Realitinya kedaulatan negara  yang diwar-warkan begitu megah telah tergugat.Keselamatan kita sedang terancam oleh gugatan dominasi kuasa globalisasi , dunia tanpa sempadan. Kita  mesti memperbaiki dan mengukuhkannya kembali barisan depan kepimpinan negara.

Di saat yang kritikal ini negara amat perlu didepani oleh kepimpinan yang teguh pendirian, bijaksana dan bebas daripada kepentingan diri dan kroni.Semata-mata untuk negara dan bangsa .Ia hanya akan tercapai hanya dengan taqwa kepada Allah.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *