MESEJ KEPADA TPM MUHYIDDIN YASIN SEMPENA LAWATAN KE P.PINANG

TPM Tan Sri Mahyuddin Yasin akan memulakan lawatan rasmi ke P. Pinang esok Khamis 17 hb April 2014. P.Pinang sentiasa menjadi tumpuan kerajaan pusat. Ini petanda baik bahawa kerajaan pusat peka dan sentiasa memberi perhatian berat terhadap rakyat terutama Melayu P.Pinang. Mereka yang daif dan serba ketinggalan dalam sektor pembangunan komersial dan hartanah. Kehadiran Melayu P.Pinang kian terancam terutama di pusat  bandar .Begitu juga di pinggir bandar.

Realitinya semenjak PR mengambil alih tampuk kérajaan pada tahun 2008 tidak ada rancangan besar untuk mengadakan  perumahan mampu milik untuk rakyat jelata. Yang diutamakan ialah projek mewah seperti The Light dan pembangunan mewah sepanjang -panjang jalan Tanjong Tokong.Sedangkan permintaan untuk rumah mampu milik sangat tinggi dan amat mendesak. Kerajaan mana sekali pun mestilah memenuhi keperluan asas rakyatnya terutama perumahan yang selesa. Tempat untuk membesarkan generasi. Hal ini telah dilakukan dengan jaya oleh kerajaan Singapura. Ternyata kekurangan tanah namun masih mampu mengatasinya melalui tebusguna tanah dan proses perbandaran semula atau reurbanisasi. Terlalu banyak sektor terburuk di dalam bandaraya P.  PINANG yang berpotensi untuk dibangunkan semula.Malangnya selepas 57 tahun merdeka pi mai pi mai dok tang tu jugak !!! Sektor  buruk dalam bandar raya George Town sangatlah ketara. Tidak percaya lihatlah daripada atas Komtar.

Apa yang kerajaan pusat boleh lakukan di P.Pinang ? Perkara yang dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan . Kerajaan Pusat wajib melakukan suatu bentuk pembangunan yang mampu mengangkat martabat Melayu P.Pinang di persada tanah air dan antarabangsa. Kerajaan persekutuan wajib mengadakan pembangunan bercorak warisan dalam pembangunan semula Kampung Tradisi Tanjong Tokong.Perkara ini boleh dilakukan oleh kerajaan pusat kerana tanah kampung Tg Tokong berada di bawah kuasa Uda Holdings.Pembangunan yang dilaksanakan mestilah menggabungkan sektor tradisi dan moden.Ini selaras dengan status George Town bandar warisan. Warisan Melayu mesti terserlah kehadirannya di P.Pinang untuk mengangkat martabat warisan Melayu yang tenggelam di P. Pinang.Seolah-olah the whole Penang is China Town. Tidak nampak langsung identiti, wajah dan keperibadian Melayu hang elok dan dikagumi.

Kedua pembangunan tanah wakaf mestilah dipergiatkan.  Caranya dengan  menubuhkan Kementerian Khas Hal Ehwal Wakaf . Pembangunannya dibiayai penuh oleh Kerajaan Persekutuan. Menerusi pembangunan wakaf secara besar-besaran orang Melay P.Pinang boleh kembali tinggal di bandar.  Syaratnya Tanah dan hartanah wakaf tidak boleh ditukar, diubah dan dijual kepada bukan Islam. Tanah wakaf berada di tengah pusat bandar George Town dan sampai masa untuk dimajukan dengan pesat demi survival umat Islam P.Pinang.

Menerusi pembangunan sektor warisan, wakaf dan tanah milik kerajaan persekutuan akan wujud pemulihan yang  membuka peluang dan harapan kepada Melayu P.Pinang.Kini jumlah pdnduduk Melayu lebih ramai daripada China di P.Pinang . Kawasan yang bermajoriti Melayu Balik Pulau yang  keluasannya melebihi separuh P.Pinang. Masih ada ruang untuk memajukan sosio ekonomi rakyat mengikut kadar yang termampu oleh mereka.

POKOK PANGKALNYA KALAU MAHU 1000 DAYA KALAU TAK MAHU 1000 DALIH . JADILAH PI MAI PI MAI DOK TANG TU JUGAK WALAU PUN DAH BUAT 1000 SEMINAR DAN BERIBU-RIBU RESOLUSI !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *