GAJI DI MALAYSIA PATUT DIBAYAR 52 MINGGU ! BUKANNYA 12 BULAN atau 48 minggu SAHAJA !

Satu tahun ialah 365 hari atau 52 minggu ? INI SATU PERSOALAN  YANG PERLU DITELITI. Kerajaan atau swasta hanya membayar upah pekerja untuk 12 bulan sahaja . Sama dengan 48 minggu. Gaji atau pun upah untuk 4 minggu lagi dihilangkan. Sekali lagi ditegaskan 1 tahun  atau 12 bulan ialah 52 minggu bukannya 48 minggu.

Perkiraannya  365 hari dibahagi dengan 28  =  13  bukannya 12 

Sepatutnya gaji dibayar setiap 4 minggu sekali  atau  28 hari  sekali . Sewajarnya majikan perlu membayar gaji sebanyak 13 kali dalam satu tahun bukannya 12 kali sahaja sebagaimana yang diparaktikkan kini . Gaji kiranya dibayar   setiap 14 hari sekali rasanya lebih  praktikal.Tempoh 1 bulan untuk pembayaran upah sangatlah lama.

Ini  menyebabkan orang terpaksa berhutang kerana kehabisan belanja. Ia akan menambahkan lagi kos hidup yang sangat tinggi  di Malaysia. Wang mudah kehabisan . Implikasinya  menyebabkan para pekerja terjerat dengan hutang kad kredit yang kadar bunga sentiasa melambung apabila lambat atau tertunggak dijelaskan.

Sebahagian besar pengguna  tidak mampu menjelaskannya mengikut jadual.  Ada late charge , ada bayaran keuntungan dan bermacam charge lain yang tersembunyi.Apabila dijumlahkan ia membesarkan lagi  pokok . Sedangkan jumlah asal pinjaman tidaklah seberapa.  Impilikasinya peminjam yang tidak pun membuat keuntungan diberatkan dengan hutang berganda.Ia meminjam kerana ter5dfesak.Bukan meminjam untuk berniaga dan membuat keuntungan bnesar daripadanya

Bank Isl;am yang kononnya bebas daripada riba pun mengikut kaedah dan mekanisme yang sama Sekadar menggunakan istilah seperti akad, bai bitamin ajil dsbnya untuk mewajarkan operasi yang secara kosmetik kelihatan Islam .Sedangkan pada hakikatnya lebih menindas dan sangat mengelirukan bila dikaburi dengan agama.Sekali lagi para pengguna terjerat dengan sistem yang secara  langsung menzalimi kepada para pengguna yang mudah terpedaya apabila agama disalahguna bukan untuk membela tetapi mengeksploitasi para penganutnya yang kurang menghalusi mekanismenya.

Dunia secara keseluruhan terutama  AS dan Eropa membayar gaji secara mingguan. Dinyatakan dengan jelas berapakah upah sehari. Kita dalam memperjuangkan gaji minima masih terkandas .Belum menyeluruh. Kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan upah minimum .  Manakala di pihak swasta masih jauh, belum dikuatkuasakan.

Harapan rakyat ialah setiap kebaikan yang berlaku di dunia secara standard hendaklah diamalkan. Sebagaimana kita menerima standard piawaian seperti sistem metrik , demokrasi dan lain-lain.Maksud daripada pedoman Ilahi dalam Al Quran maksudnya   orang yang beriman ialah mereka  yang mendengar semua pandangan dan mengambil yang paling baik ( Azzumar 39:1 8 ).

Sepatutnya ISLAM menjadi ukuran contoh untuk ikutan semua dalam segala bidang, jurusan dan lapangan. Semoga terserlah keunggulannya bukan sekadar dakwaan dan ikutan secara melulu. Jangan kamu ikut apa yang kamu tidak tahu sesungguhnya pendengaran ,penglihatan dan hati-hati semua  akan dipersoalkan !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *