APA MAKNANYA BILA MALAYSIA DISANJUNG MELANGIT OLEH OBAMA !

Siapakah yang berani mencabar bahawa AS bukan ADI K.UASA Tunggal dunia masa kini ? Rejim komunis Pakatan Warsaw telah tumbang. Tembok Berlin telah runtuh.Wujud sebuah Jerman Bersatu sahaja.Tidak ada lagi Jerman Timur blok Soviet. Russia juga telah kalah dan dihalau keluar daripada jajahannya di Afghanistan. Di Ukraine sendiri Russia tercabar dengan kebangkitan DEMOKRASI. Eropa di bawah EU sedang mara. EU adalah sekutu rapat AS. Apa maknanya  semua ini?

Maknanya BARAT DENGAN DOKONGAN AS, BRITAIN DAN EU ADALAH KUASA DUNIA yang siap siaga untuk menjajah, menjarah dan melahap dunia sekali  lagi. Afrika Utara dan Timur Tengah dalam bahaya dijajah semula.Lihat peranan yang telah  dan sedang mereka mainkan seantero dunia. Siapakah yang telah menjatuhkan Sadddam dari pentas kuasa, tangan ghaib mana yang merentap turun Ghadafi daripada takhta, dan siapa pula yang menaikkan Al Sisi di persada negara dan menjatuhkan presiden Mohamad Mursi daripada pentas kuasa.

Dahulu mereka datang sebagai penjajah.Kini mereka datang sebagai polis dunia. Agenda NEW WORLD ORDER SEDANG BERJALAN dengan kencang tetapi penuh tertib dan diplomasi .Oleh itu di manakah kedudukan kita di tengah-tengah percaturan yang kalut, dahsyat dan seru ini?  Adakah kita akan jadi pak turut saja. Rela dijajah secara tidak langsung dengan menyetujui TPPA .

Dengan bersantai pemimpin kita pun berkata, aduhai siapalah kita untuk menekan OBAMA ! Dia dewata dunia masa kini. Kita………………..berdaulat, merdeka. Tahniah Tun Mahathir .Tidak kalah dengan agenda Amerika. Jangan takut dengan Obama. Sekurang – kurangnya ada suara perangsang yang berani daripada pemimpin sejati. Realiti semasa menunjukkan pihak Soviet agak terkepung dengan pengkalan AS diserata dunia. Namun Russia tidak berdiam diri daripada dipermainkan oleh AS dan sekutunya.

Bahaya ada di depan pintu. Mereka membina blok atau pakatan sekutu mereka sendiri. RUSIA dan China yang kini terancam telah menjalin hubungan akrab dengan Iran. ? Bersama dalam pakatan itu ialah Korea Utara yang ekonominya sangat bergantung     kepada industri senjata.Hasilnya rejim Basyar meski pun terkepung sukar ditumbangkan. Kini wujud jaringan negara Shiah yang padu. Dari Iran, Iraq, Syria dan Lebanon. Dalam pergolakan ini sudah pasti dunia Islam akan menjadi mangsa dikeronyokkan kerana sifat dunia Islam yang tidak boleh bersatu.

Dunia Islam yang dimaksudkan ialah negara – negara yang mendakwa ahli sunnah wal jamaah yang dipimpin oleh Saudi Arabia. Mana mungkin Sunnah jika mengikut cara Nabi Muhammad membawa kepada perpecahan.Hakikatnya hampir keseluruhan dunia Islam terutama Timur Tengah berpecah belah. Tidak ada bukti bahawa mereka umat yang satu yang tidak menzalimi sesama sendiri sebagaimana yang berlaku di Mesir. Malaysia berada di belahan dunia yang umat Islam paling ramai di jagat raya ini. Indonesia, Malaysia, Selatan Thai, Selatan Filipina, Brunei Darussalam dan Bangla Desh mempunyai penduduk lebih daripada 350 juta umat Islam.

APA YANG KITA TELAH KITA BUAT SESAMA UMAT UNTUK MENOLONG SESAMA SENDIRI ?HENDAK MEMBANTU MUSLIM ROHINGA PUN KITA TÌDAK MAMPU. HENDAK MENGHAHADAPI SINGAPURA PUN KITA KECUT APABILA AKUR SAJA DENGAN PERJANJANJIAN AIR JANGKA PANJANG YANG BERAT SEBELAH. Kita mempunyai OIC yang menggabungkan 53 buah negara Islam. Badan yang berfungsi sebagai forum biasa .Tidak pun berkuasa melindungi negara- negara umat Islam daripada serangan luar. Jadi umat yang berjumlah 2.1 bilion ini macam mana. Ia tidak pun menjadikan kekuatan yang menggerunkan musuh sekecil Mynmar.

Malah jauh sekali daripada menjadi kekuatan politik, ekonomi yang mampu menggugah dunia berbanding dengan kekuatan Israel ditengah- tengah 100 juta lebih umat Arab. Malaysia dengan kesederhanaan ada potensi untuk memimpin dunia Islam. Sebagaimana saranan Tun Mahathir mulakan dengan ekonomi dulu dengan mengujudkan sistem mata seragam yang diguna pakai dalam dunia Islam iaitu DINAR. Jangan bergsntung kepsda dollar kerana ia menguatkan ekonomi AS tetapi melemahkan sesama umat berjumlah 2,100,000,000 itu. AKHIR KATA KITA TUNGGU APA KESUDAHAN LAWATAN OBAMA KE MALAYSIA !

MH 370 menghilang entah ke mana,

Tiada kesan nihil khabar berita

Adakah Obama datang membawa khabarnya

Mustahil CIA tak terkesan ia di mana -mana ?

Mata telinganya TERPASANG  seantero dunia

Misteri dan kemustahilan dalam tangannya

Mustahil pesawat 63 meter

objek begerak hilang lesap di ruang radar , di depan mata

Terlepas daripada jengkauannya 

Di atasnya berceragah setelit mengitari dunia

peka memerhati objek sekecil mana  nun jauh di sana,

Mana mungkin MH 370 terlepas di luar  pemerhatiannya,

Mungkinkah ada kuasa yang melebihi keperkasaannya

Berupaya mematikan sistem , menutup segala operasi  

Bermakna sudah tercabar SANG ADI KUASA POLIS DUNIA !

Mana mungkin penjahat lebih kuat daripad Sang Penguasa

Tersohor  seluruh  Mayapada

Ya Rabbi singkaplah rahsia di sebalik kehilangan ini

Angkara si durjana mana ya  ? 

YANG MENYIMPAN   MISTERIUSNYA !

 MUNGKINKAH  MAHARAJA DUNIA  TIDAK MENYETAHUI SIMPUL RAHSIA !

YA ALLAH, YA RABBI  SINGKAPLAH SIAPA DISEBALIK ANGKARA DURJANA

YANG MENYULAP SATU DUNIA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *