BELASUNGKAWA ! SEJENAK BERSAMA SINGA GELUGOR – KARPAL SINGH

Karpal Singh ( 1940 – 2014 ) telah disemadikan pada minggu lepas dengan upacara rasmi di peringkat negeri P.Pinang. Jasad yang utuh semakin melerai. Namun, jasa dan hujah-hujahnya masih terngiang-ngiang di ruang telinga bagi yang menghayatinya.Sejenak kita tafakur mengucap penghormatan menghargai nilai-nilai unggul yang dipeganginnya :

Ramai orang yang berkata dalam politik tidak ada kawan yang kekal dan  tidak ada musuh yang kekal.

Pada pandangan saya mesti ada prinsip yang kekal sama ada dalam perundangan mahu pun politik.

Dalam Islam yang berpaksikan keadilan sebagaimana yang ditunjukkan oleh para khalifahnya. Mereka tunduk kepada hukum. Mereka sama sekali tidak mengatasi undang- undang .Contohnya Amirul Mukminin Saidina Ali Ibn Abi Talib akur dengan keputusan hakim yang menolak keterangannya ( Ali ) yang bersaksikan dirinya dan anak-anaknya bahawa pedang yang berada di tangan seorang Yahudi itu miliknya.

Hakim bertanya adakah saksi lain selain dirinya atau anak-anaknya. Jawab Ali tidak ada.

Hakim membuang  kes itu dan membuat keputusan bahawa pedang itu bukan milik Ali.

Begitu dengan kes jenayah yang besar seperti zina atau liwat. Seseorang tidak boleh menuduh seseorang melakukan zina terhadapnya dengan bersaksikan dirinya sendiri . Ini boleh menjurus kepada fitnah. Dalam hal ini pemerintah tidak boleh menyebelahi mana-mana pihak secara berlebihan kononnya teraniaya.Prinsip kehakiman mestilah terlihat secara nyata bahawa keadilan terlaksana tanpa cenderung kepada mana – mana pihak secara berlebihan.

Jadi seperti yang terlihat Karpal telah mengamalkan prinsip yang murni berani berkata benar dan bersedia menanggung risiko demi menegakkan kebenaran berasaskan perlembagaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *