AGENDA GLOBALISASI : SEJENAK BERSAMA OBAMA DI UNIVERSITI MALAYA

Obama telah datang ke Malaysia. Akhbar rasmi kerajaan Utusan Malaysia menyiarkan gambar agam  bendera Amerika dengan kata aluan WELCOME  yang besar. Sebelumnya Presiden Johson tiba pada tahun 1966 ketika YTM Tunku menjadi PM. Zaman Malaysia terkenal,  pengeluar  getah asli terbesar dunia.

Kini Obama datang  selepas 48 tahun berlalu.  Hampir setengah abad. Di era Malaysia pesat dengan industri , saat.  PM Najib berkuasa.. Momennya ketika yang sangat  kritikal. Agenda TPPA, kehilangan pesawat Mas MH 370 dan berbagai isu kritikal.  Perjalanan ala Malaysia demokrasi,  hak asasi yang pincang dan sistem perundangan Malaysia yang dipersoalan dunia

Apakah agenda Obama di sini ? Dengan gaya santai sebagai pemimpin  muda penuh wibawa   Presiden Obama sambil  berlari anak,  naik ke pentas. Beliau dilatari kumpulan anak muda Asia.  Pengenalannya sangat ringkas.  Tidak seperti gaya kita yang penuh protokol, berjela. Presiden Obama terus kepada audien. Menghadapi tamu p[erlbagai bangsa dan negara anak muda  Asean.  Obama sambil berborak, berkontak dengan hadirian .Khalayak Indonesia tersentuh sambil  menjerit saat bila beliau menyebut pernah tinggal buat seketika di Indonesia , presiden menyahutnya dengan siulan  ini tentu  wakil Indonesia.

Sungguh pandai sosok pemimpin ini menawan hati para hadirin, persis seperti Kennedy yang menjadi idola anak muda. Kebetulan presiden ini berumur 42 tahun sebaya dengan Kennnedy ketika menjawat kerusi kepresidenan.  Bahawa dasar Amerika ( Amerika memimpin dunia dengan GLOBALISASI),  demi kemakmuran sejagat , berkongsi kekayaan ,KERJASAMA , partnership (TPPA) melalui hubungan antara kerajaan dengan kerajaan .Lebih penting hubungan lintas budaya  sesama rakyat khususnya  para belia. Justeru AS menghantar 200 guru bahasa Inggeris untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia ( Peace Corps zaman Kennedy tahun 1960an)

Berikut kenyataan-kenyataan penting Obama sepanjang lawatan ke Malaysia -r encana akan datang . MALAYSIA  TUMPUAN UTAMA AMERIKA  DI ASIA 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *