PAS DENGAN UMNO TERBUKAKAH RUANG UNTUK BERSATU ?

Memeteik kata Nik Aziz tidak ada sekatan untuk PAS berpadu dengan UMNO. Satu saja syaratnya  terima Islam sepenuhnya sebagaimana pengakuan dalam syahadat dan solat :

Sesungguhnya solatku, ibadat dan pengorbananku, hidup ku dan matiku semata-mata untuk Rabbul Alamin.

Persoalannya kerana UMNO hanya sanggup terima syiar tanpa syariat. Buktikan mahkamah syariat berfungsi selaras dengan mahkamah sivil.

Kedudukan Islam sebagai agama bagi persekutuan dilaksanakan bukan sekadar agama rasmi dan upacara semata-mata.

Sebagai pembuktian untuk terlihat UMNO serius :

Mulakan dengan mendakwa DSAI ke mahkamah syariah selengkapnya. Ini akan menjadi pemula dan duluan ke arah pemerkasaan mahkamah syariah untuk berfungsi di Malaysia dalam undang jenayah, muamalah dsbnya  ! Kita ada Universiti Islam, peguam Muslim  dan prasarana yang cukup untuk memulakannya. Jika tidak cukup panggil sarjana daripada seluruh dunia Islam.

Ia akan jelas memperlihatkan bahawa  kerajaan tidak berpihak dan telus. Selama ini tindak tanduk kerajaan  mengendalikan kes ini dipersoalkan, penuh dengan  tanda tanya. Adakah ianya terlalu serius  satu   konspirasi dan kesumat politik untuk memenjarakan DSAI walau dengan apa cara sekali pun dengan mengggunakan institusi mahkamah.

Disebalik kontroversi ada hikmahnya. Biduk lalu kiambang bertaut. Kita terikat dengan syahadat  maka teruskannya dengan pelaksanaan Islam yang SYUMUL .Allahu Akbar !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *