JAWAPAN KEPADA PUAK-PUAK MELAYU ISLAM YANG TENTANG HUDUD

HUDUD itu sebahagian daripada hukum  Jinayat Islam. Hukum Islam bukan hudud sahaja. Ia meliputi aspek yang luas merangkumi bidang ibadah dan muamalah.

BIDANG-BIDANG HUKUM ISLAM

1. Lapangan Ibadah
Tata hubungan hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan tuhan. Lapangan ibadah meliputi: Thoharoh, sholat, zakat, haji, qurban, dll.
2. Lapangan Muammalah
Tata hubungan antara manusia dengan manusia yang lain. Lapangan muammalah meliputi berbagai lapangan hukum yang meliputi:
a) Hukum perdata
a. Hukum keluarga
b. Hukum waris
c. Hukum waqaf
d. Hukum perikatan
e. Hukum wasiat
f. Hukum jual beli
g. Hukum sewa-menyewa
h. Hukum gadai
i. Hukum hibah
j. Hukum hutang piutang
k. Hukum jaminan
l. Hukum perwakilan
b) Hukum dagang
c) Hukum pidana

Hukum hudud dan hutang piutang yang meliputi aspek muamalah atau sosio ekonomi   telah disebut dan dinobatkan dengan pahatan pada batu bersurat Terengganu yang bertarikh tahun  702  selepas Hijrah Nabi saw. Tahun masehinya ialah 1334 M .

Bermakna hukum ini telah dilaksanakan dalam hukum kanun kita sejak 700 tahun lalu. Para sarjana sepakat menyatakan asas perundangan dalam pemerintahan kesultanan dan kerajaan Melayu – Islam di Nusantara/Kepulauan Melayu  kita sebelum kedatangan Barat ialah hukum Islam.

Apa salahnya kita mengembalikan semula pelaksanaan hukum hudud secara beransur -ansur. Dalam negara kita telah pun ada hukum sebat dan hukum lain yang menjerakan. Sebelum hukuman ke atas penzina dan peminum arak dijalankan umat Islam akan ditarbiah dan diperingatkan tentang hukum ini.

Bukan untuk menzalimi tetapi menimbulkan kesadaran bahawa hukum Islam tujuannya untuk kebaikan dan keselamatan umat manusia. Pelaksanaannya sesuai dengan maksud syariah untuk menjaga agama, harta, nyawa, generasi/keturunan dan maruah.

Allah berfirman La taqrabu zina maksudnya jangan kamu mendekati zina. Sebelum menghukum penzina, perkara-perkara untuk menjauhi orang mendekati zina mesti dilaksanakan. Hukuman untuk yang mengabaikannya berulang kali wajar dilaksanakan.

Mulakan dengan 1 sebatan untuk lelaki dan perempuan yang mendekatai zina iaitu bersekedudukan di antara lelaki dan wanita yang  belum kahwin di tempat yang sunyi dan meragukan. Itu setelah mereka diberi amaran, diperingatkan tetapi masih mengulanginya.

Hasilnya akan menyelamatkan generasi dan memelihara maruah dan  agama. Selagi tidak ada kuat kuasa hudud selagi itu kita akan berhadapan dengan gejala sosial yang berleluasa. Sesuatu tidak berjaya di kawal dengan undang-undang sivil. Masyarakat Barat dan sesetengah umat Islam yang mengamalkan cara hidup Barat  menghalalkan zina atas dasar suka sama suka.  Masyarakat  Barat telah  menolak hukum Tuhan melalui proses sekularisme.  Beri agama untuk gereja dan dunia untuk penguasa atau Raja

Ingatlah peringatan Allah  dalam surah al Maidah S  5 :  Ayat 44

Allahpun menurunkan firman-Nya:

‎وَمَن لَّمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُوْنَ

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”

(Al-Maidah: 44)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *