HARTAWAN CHINA ROBERT KUOK WAKAFKAN RM 1 B UNTUK BANGSANYA !

Khabarnya seorang bilioner China Robert Kuok raja gula di Asia telah meletakkan atau istilah yang lebih tepat mewakafkan hartanya RM 1000,000,000 juta. Tujuannya untuk memberi kemudahan kepada masyarakatnya membeli rumah. Mereka boleh meminjam tanpa dikenakan faedah. Wang itu diamanahkan kepada Hong Leong Bank untuk diuruskan supaya boleh dimanfaatkan oleh orang China sebanyak mungkin. Alangkah baiknya amal jariah beliau buat bangsanya yang kurang mampu, mengadakan wang muka untuk menempah sebuah rumah.Usaha ini menjadi amal jariah R. Kuok yang abadi buat masyarakatnya. Dalam keyakinan beliau pengorbanan ini satu amal bakti yang besar.

Amalan sebegitu subur di kalangan orang Melayu dan hartawan muslim di zaman penjajahan. Mereka sedar  sukar untuk menghadapi imperialisme Barat yang bertunjangkan kapitalisme.Justeru mereka yang berharta mewakafkan tanahnya untuk diduduki oleh orang-orang miskin, menjadi tapak masjid dan tanah perkuburan.Di P.Pinang banyak  wakaf yang ditinggalkan. Sedikit sebanyak telah mengekalkan kehadiran umat Islam di dalam bandar.Satu perkara lagi wakaf  adalah amanah dan wajib diuruskan mengikut apa yang diamanahkan.Jika diubah menjadi selain daripada wakaf adalah  pecah amanah dan pengkhianatan.

Justeru kini  dalam keadaan ramai jutaan malahan laksaan orang Islam yang  kaya raya mengapa orang tidak lagi mahu mewakafkan tanah, harta dan wang ?

Rasanya jika para jutawan bergabung mereka dapat membentuk bank kebajikan yang beroperasi tanpa riba.Mereka boleh mewakafkan wang mereka yang melimpah ruah sebahagiannya untuk digunakan oleh individu yang kurang bernasib baik. Kita sedia maklum wujud berbilion harta yang tidak dituntut dan tidak berwaris.Semuanya ini adalah aset yang boleh menjadi modal untuk mewujudkan bank tanpa riba. Ia akan jadi pemula kepada penubuhan institusi kewangan yang membela rakyat terutama orang miskin. Ini akan membebaskan mereka daripada  sistem ekonomi yang telah memangsakan orang ramai.

Sistem kewangan yang menggandakan wang dengan berleluasa apabila orang berhutang walau pun dalam jumlah yang kecil. Sistem yang sebenarnya RIBA tetapi disebut perniagaan yang disahkan menerusi akad. Dalam keadaan sistem kewangan yang menindas dan terlalu mengeksploitasi pengguna kerajaan sebagai penanggung jawap sosial rakyat harus menggerakkan sebuah institusi yang lebih adil, bertimbang rasa untuk membela. Ini boleh dilakukan kerana wujud dana awam yang berbilion ringgit di dalam Amanah Raya.

 Harta tersebut wajar dipulangkan kepada orang ramai untuk dimanfaatkan ! Kini ramai orang yang hilang kemampuan untuk membeli rumah kerana harga rumah yang melonjak, harga tanah yang tak terkawal dan beban hutang yang berganda naik menerusi sistem perbankan yang rakus,memeras.

Langsung tidak adil dan mesra pengguna. CUBA KAJI MENGAPA ALLAH MENGISYTIHARKAN PERANG TERHADAP RIBA DAN MEREKA YANG TERLIBAT DENGANNYA.Jadi tidaklah mudah untuk mengislamkan sistem perbankan dengan melebel nama ISLAM. Mengapa ? Operasi dan hasil  daripada pengoperasiannya tidak pun berbeza dengan sistem perbankan barat yang sedia ada. Perbezaannya hanya sekadar nama sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *