MENYINGKAP 100 TAHUN PERANG DUNIA PERTAMA – 1914-2014 BERDASARKAN UCAPAN PM BRITAIN

SAKSIKANLAH UCAPAN DI BAWAH INI DARI DAVID CAMEROON PM BRITAIN SEMPENA SAMBUTAN RAMADZAN 1435 H

DAVID CAMEROON PM UK mengungkap semula apa yang berlaku semasa Perang Dunia 1. Dunia Islam masa itu(1914-1918) menyebelahi penjajah Inggeris. Arab menyokong Inggeris untuk menjatuhkan Turki Osmaniah dan Inggeris dilayan teman yang menolong kerana menjanjikan PERMBEBASAN dan KEMERDEKAAN daripada konkongan Khalifah di Istanbul.Sedangkan Turki mengambil pendekatan bekerjasama demi menyelamatkan sebuah kekuasaan Islam yang terbina semenjak zaman Rasulullah supaya ti8dak berpecah – belah.

Berusaha menyelamatkannya supaya kekal di bawah satu kesatuan DAULAH ISLAMIAH. Demi membuktikan kebaikan Turki Osmaniah telah membina jalan keretapi dengan bantuan teknologi Jerman dari Damsyik ke Madina untuk menyenangkan umat Islam mengerjakan haji. Malangnya hasil hasutan Inggeris, prasarana yang bermaksud baik itu dimusnahkan oleh Arab yang fanatik

Manakala Umat Islam India begitu terasuk untuk membantu mempertahankan empayar Great Britain sehingga sanggup berkorban jiwa  menghantar 1 juta tentera terdiri daripada anak-anak muda ke Eropa untuk berjuang menentang German dan sekutunya.Termasuk melawan   Turki Osmaniah saudara seagama mereka sendiri.

Di Tanah Melayu tokoh Tok Janggut atau Haji Mat Hassan yang menyokong Khalifah Turki dituduh pengkhianat. Akibat tekanan Inggeris Sultan Kelantan pada ketika itu Sultan Muhammad ke 4 telah mengeluarkan surat mengisytiharkan Tok Janggut penderhaka. Ini adalah isyarat untuk Inggeris memburu dan membunuhnya.

Untitled-1

Asyshahid Tok Janggut                     Sultan Muhammad ke 4

Tok janggut

Akibat kekalahan Turki dalam Perang Dunia 1 , wilayah kekuasaannya dirampas dan berpusu-pusulah penjajah barat masuk menakluk wilayah Islam di Timur Tengah. Inggeris mengukuhkan kuasa di Mesir,Sudan, Hejaz, Iraq, Palestin, Perancis di Syria, Lebanon, Algeria dan Tunisia , Itali di Libya. Pemerintahan khalifah Islam terakhir ditamatkan pada tahun 1924.

Pemerintah baru yang naik  menentang Islam dan benci kepada Arab.Pemerintah  baru yang tebal  dengan sentimen Turki yang melulu. Turk berubah i menjadi negara SEKULAR di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Pasya atau Mustafa Kamal Atatturk yang merobah seluruh kondisi Turki.Turki moden yang meninggalkan syariat Islam sebagai tonggak negara dan menerima tamadun barat sepenuhnya sebagai syarat untuk maju.Ini menjadi model negara Islam yang kemudiannya menjadi ikutan kebanyakan negara Islam yang dimerdekakan oleh penajah barat.

Akibatnya walau pun merdeka tapi sebenarnya  tidak bebas untuk menentukan siapa yang bakal berada di tampuk kuasa. Dunia Islam sentiasa dipantau untuk memp[eastikan mereka tidak lepas  daripada pengawasan dan cengkaman barat terutama dalam menentukan siapa yang menjadi pemerintah. jika yang naik tokoh yang agresif atau yang pro Islam, dia akan bermasalah dan dijatuhkan menerusi pemeberontakan dari dalam atau menerusi kekacauan yang sengaja dicetuskan.Contohnya apa yang berlaku di Mesir kini.

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *