TERKINI KRISIS MB SELANGOR- 2 ADUN PAS MENYERTAI WAN AZIZAH

Saari dan ADUN Morib Hasnul Baharuddin hari ini menyatakan sokogan terhadap  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.

“Kalau itu antara pilihan di antara parti dan saya, saya bersedia,” katanya.

“Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatan dan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor,” kata Saari

“Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama,” katanya selepas sidang media Wan Azizah di Subang tengah hari ini.

Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.
“Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS,” katanya.
TINDAK BALAS PAS SELANGOR 
PAS Selangor memandang serius tindakan Adun Hulu Klang, Saari Sungib dan Morib, Hasnul Baharuddin yang telah mengambil pendirian dan sikap bersendiri tanpa menurut tatacara dan arahan yang telah ditetapkan oleh parti.
“Tindakan 2 Adun PAS di Selangor yang membelakangi pendirian parti amatlah serius dan kita akan bertindak,” ujar Setiausaha PAS negeri, Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan.
“Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan? Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat pada 17 haribulan ini?”
“Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17 haribulan ini. Sebab itu sabar,” katanya lagi.Justeru, beliau menasihati kedua-dua Adun itu menarik balik tindakan mereka atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang telah dilafazkan sewaktu menjadi calon pada PRU13 lalu.

KRISIS SELANGOR :BIARLAH KITA MATI DALAM JEMAAH –                   ADUN PAS MERU DR ABDUL RANI Krisis Selangor :                         Biarlah Kita Mati DALAM JEMAAH 

 
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani meminta semua rakannya terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat tindakan bersendirian.
“Apa terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah,”
Kata Dr Rani ketika dua Adun PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan DAP menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *