PAS PARTI BERHALATUJU – BERPRINSIP MAMPU MENGEMUDI HALUAN PAKATAN RAKYAT

Pendirian PAS nampaknya  konsisten. Tidak semua perkara dalam PR   mesti bersetuju secara melulu dan menjadi rubber stamp sebagaimana yang duilakukan oleh BN. Apabila presiden BN atau PM bercakap semuannya mesti akur. Meski pun ia bercakap dalam kapasiti UMNO. Juga tidak semua perkara  mesti menentang secara semborono.

Masing-masing ada kekuatan dan ada pendirian untuk saling  menghormati di antara satu sama laion. Semangat permuafakat dan menghormati pendirian berlandaskan perjuangan yang menjadi ideologi parti masing-masing mesti dipelihara. Jangan ada sikap untuk memaksa dan mendominasi. Mengapa ? PAS tidak sama dengan DAP. DAP  jangan disamakan dengan PKR dan PKR tidak sama dengan PAS dari segi struktur dan cara membuat keputusan.

Justeru mesti dicari cara yang betul dalam menangani krisis MB di Selangor. Buat masa ini PAS tidak setuju untuk menamakan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor. Selagi masalah ini tidak selesai TS Khalid Ibrahim masih MB yang sah yang mendapat perkenan Sultan.

Masalah ini boleh diselesaikan dengan baik. Khalid pun telah berkata jika mahu memecat saya lakukan secara berperlembagaan dengan membawa undfi tidak percaya dalam sidang DUN dan buktikan secara sah saya ditolak sebagai MB Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *