KRISIS MB SELANGOR : RAHMAT DI SEBALIK KEMELUT

SIAPAKAH PEMIMPIN TERBAIK YANG DIHARAP MEMIMPIN UMAT  ?

PEMIMPIN TERBAIK YANG DIDAMBAKAN MEMIMPIN UMAT IALAH MEREKA YANG TIDAK BERIYA-IYA MENUNTUT JAWATAN. ORANG YANG MENAFSIRKAN JAWATAN ADALAH AMANAH. ORANG YANG SENTIASA MEMPERINGATKAN DIRINYA BAHAWA DIA AKAN DIPERTANGGUNG JAWABKAN DI HADAPAN ALLAH ATAS APA YANG DILAKUKANNYA. IA TERDETIK BERTINDAK PANTAS MENANGANI  ADUAN RAKYAT WALAU BETAPA KECIL SEKALI PUN. TAMBAH-TAMBAH LAGI MASALAH YANG BESAR, YANG PERLU DIBERI KEUTAMAAN DITANGANI DENGAN BIJAKSANA DAN TUNTAS.

IA BERKHIDMAT UNTUK DUNIA DENGAN PENUH TANGGUNG JAWAP. IA MENYEDIAKAN   DIRINYA  UNTUK MENJAWAP DI HARI AKHIRAT. INILAH CIRI-CIRI PEMIMPIN YANG PERLU DITONJOLKAN KE HADAPAN. KENAPA ? IA TIDAK MENUNTUT JAWATAN DAN SEDIA BERUNDUR APABILA PERLU. IA BERSEDIA UNTUK DINILAI RAKYAT SEPANJANG MASA.

BOLEHKAH IA TERLAKSANA  DALAM SISTEM DEMOKRASI YANG BERMATI-MATIAN BERJUANG , MEMPERALATKAN KUASA SETELAH  MENDAPAT TEMPAT MENGISI JAWATAN ?

PEMIMPIN YANG MENUNTUT JAWATAN KONON  ITU ADALAH MILIKNYA SANGAT BERBAHAYA MEMIMPIN UMAT.  MEREKA SANGGUP MEMPERALATKAN  PROSES DEMOKRASI DAN PANDAI MEMPERMAINKAN ISU UNTUK MENGELIRUKAN RAKYAT, KONON PERUBAHAN PERLU DIBUAT DENGAN SEGERA, DENGAN TERGESA-GESA UNTUK SATU LANGKAH STRATEGIK DEMI MENYELAMATKAN KEADAAN YANG GAWAT. SEBENARNYA INSIDEN YANG  DIREKAYASA UNTUK KEPENTINGANNYA. KONON ADA SESUATU YANG TIDAK KENA DAN PERLU MEMANGSAKAN ORANG YANG TIDAK DISENANGI DI DALAM LINGKARAN, SPEKTRUM  KEKUASAANNYA.

DEMOKRASI DIPACU MENGIKUT CITA RASA DAN NAFSU SERAKAH SANG PEMIMPINNYA DI PENTAS KUASA. TUJUANNYA UNTUK  MEMPAMERKAN  KUASA. DENGAN MENUNGGANGI  PARTI, MEMPERALATKAN PROKSI DAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT.  SELURUH MEKANISME DEMOKRASI DIPERGUNAKAN  DEMI MEMUASKAN KEHENDAKNYA .

BAGAIMANA KITA HENDAK KELUAR DARIPADA SITUASI YANG DIBENTUK MENGIKUT ACUAN YANG BANYAK MEMANGSAKAN KEADAAN ? DALAM SITUASI INI, TERUTAMA KRISIS DI SELANGOR BANYAK MENGANDUNG HIKMAH DAN MEMERLUKAN MUHASABAH. DICELAH-CELAHNYA MENGANDUNG RAHSIA DALAM MENGNALAI PEMIMPIN  DAN  MEMILIH PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR LAYAK MEMIMPIN UMAT ?

ALLAH AKAN MEMBERI INSPIRASI KEPADA PIHAK YANG MEMILIH PEMIMPIN . BAGAIMANA MENCARI JALAN KELUAR YANG PALING SELAMAT. BAGAIMANA ? APABILA KITA BERPANDU KEPADA PEDOMAN YANG DITURUNKANN ALLAH. BAHAWA PEMIMPIN TERBAIK IALAH MEREKA YANG TIDAK MENUNTUT-NUNTUT JAWATAN DAN MEMAKSA KEHENDAKNYA DITERIMA BAHAWA JAWATAN ITU MILIKNYA SECARA MUTLAK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *