WAN AZIZAH MEMBALAS KENAPA TAK LAYAK JADI MB SELANGOR ?

DATIN SRI WAN AZIZAH LAYAK MENJADI MB SELANGOR YANG BARU MENGGANTIKAN TAN SRI KHALID IBRAHIM 

Apakah dalam memilih pemimpin,  jantina, sentimen kenegerian, umur dan latar belakang menjadi kriteria utama ?  Itu hanya alasan dan niat jahat untuk menolak pemimpin yang layak.  Ada pun kriteria utama ialah kewibawaan, kejujuran, kesungguhan, amanah dan integriti. Walau apa pun yang dikata beliau beliau mendapat sokongan 43 anggota DUN. PKR 13, PAS 15 dan DAP 15. Bermakna melebih 2/3 sokongan DUN Selangor.

“Dalam memilih pemimpin, kita harus jelas akan kriteria yang patut kita guna pakai, biarpun di peringkat parti, negeri mahupun negara.

“Sudah tentu kelayakan, kesungguhan, wibawa dan amanah sepatutnya menjadi kriteria utama. Jantina, umur dan rupa paras hanyalah alasan semata,” katanya dalam Ucapan Dasar Presiden di  Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.

Namun ini politik Malaysia.Kalau melihat kepada paparan nyata dan semasa beliau memang layak. Namun ada kriteria-kriteria lain yang remeh, dipergunakan sebagai alasan teknikal untuk menggalang kelayakan beliau menjadi MB pertama dari kalangan wanita.

Melihat kepada  perkembangan semasa PAS nampaknnya  lebih layak untuk mengisi jawatan tersebut. PAS  memiliki kelebihan 15 kerusi dan exco PAS masih membentuk kerajaaan demi menyelamatkan kerajaan PR daripada jatuh begitu saja. Ini menyerlahkan kedudukannya sebagai  parti yang matang yang tidak terburu-buru terpengaruh dengan keadaan.

Sumbangan PAS sangat besar demi menenangkan keadaan yang gawat. Satu  kriteria dalam menentukan kelayakan untuk Baginda Sultan Selangor mempertimbangkannya.Siapakah  yang paling layak untuk menjadi MB Selangor selepas Tan Sri Khalid Ibrahim. DARI SEGI KAEDAH iSLAM DALAM MEMILIH PEMIMPIN LELAKI LEBIH LAYAK MEMIMPIN KERANA MEMPUNYAI BANYAK KELEBIHAN BERBANDING DENGAN PEREMPUAN. LAINLAH JIKA TIDAK ADA PEMIMPIN LELAKI YANG BERWIBAWA DI SELANGOR.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *