AMBANG MERDEKA KE 57 : MENUNTUT MUHASABAH MENYELURUH TENTANG HALATUJU NEGARA !!!

MERDEKA 100 PERATUS

Sambutan merdeka kali ini paling ISTIMEWA dan amat bersejarah. Kemerdekaan negara dan bangsa  pada 31 Ogos 1957 membawa makna besar kepada rakyat. Tahun 1957 membawa implikasi berakhirnya era penjajahan menuju pembebasan. Ulang tahun kemerdekaan yang ke 57 pada kali ini tepat dengan tahunnya kemerdekaan. Pada kali ini kita menyambut MERDEKA dengan agka 57 muncul sekali lagi.  Persoalannya yang besar, amat perlu dikaji semula apakah ertinya kemerdekaan buat rakyat. Bebaskah mereka daripada berbagai belenggu yang masih mencengkam ?

Adakah MERDEKA kita berjaya menyelesaikan masalah kehidupan rakyat yang paling asasi ? Masalah kemiskinan, taraf hidup yang masih rendah, kebebasan bersuara yang disekat-sekat, keadilan dalam hukum di mana rule of law dilaksanakan. Paling utama ialah  dan  rakyat terbebas untuk berfikir dan memilih para pemimpin mereka yang terbaik. Para pemimpin yang   beramanah untuk mengurus  tadbir negara yang maha kaya ini  secara telus dan berintegriti.

Demokrasi yang melibatkan 150 juta rakyat di negara jiran kita,  Indonesia telah berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan keributan.Apakah amalan demokrasi yang lebih adil dan telus akan  berlangsung di negara yang merdeka dan berdaulat  ini. sesuatu yang tidak menyimpang daripada amalan demokrasi yang paling asasi.  Alat-alat negara tidak menjadi hak mutlak  yang dimonopoli dan dimanupalasi oleh satu pihak sahaja menenggelamkan suara-suara kebenaran. Demokrasi bererti check and balance. Tanpanya demokrasi akan pincang.

Antara masalah serius yang mencengkam ialah perumahan yang sukar dibeli oleh sebahagian besar rakyat di kota-kota besar. Saiz penduduk kita tidaklah besar sangat.Hanya 30 juta,dibandingkan dengan jiran serumpun kita 250 juta. Sukar sangat rakyat untuk memiliki rumah di bandar-bandar besar. Ruang tanah dipergunakan untuk projek komersial dan mewah untuk pasaran antarabangsa. Jadi di mana ruang untuk rakyat mengambil tempat di tanah airnya sendiri ? Sedangkan rumah adalah keperluan yang asasi. Di Pulau Pinang orang Melayu telah menjadi rakyat yang terpinggir. Mereka kehilangan habitat asal tanpa menimbulkan kegusaran kepada para pemimpin atasan bahawa pembangunan telah menghambat dan bersifat zalim terhadap rakyatnnya kerana kegelojohan terhadap keuntungan semata-mata.

Masalah ekonomi yang tidak kurang parahnya   ialah jurang ekonomi yang sangat besar antara golongan yang paling kaya dengan golongan bawahan yang amat perit menderita dengan melonjaknya inflasi.Belanja hidup sangat tinggi.Segalanya harus dibayar, tidak ada yang percuma. Rakyat mesti membayar bil kadar letrik yang tinggi, kadar sewa rumah yang melonjak, cukai ini dan itu, khidmat kesihatan yang tinggi untuk penyakit kritikal , yuran pengajian yang mahal dan berbagai bebanan langsung dan tidak langsung  yang merimas dan memerangkap kehidupan di negara yang makmur ini.

Rakyat  belum terbebas daripada belenggu kemiskinan dalam sebuah negara yang melimpah kekayaannya . Amat malang apabila rakyat perlu bergantung kepada titisan subsidi. Jika upahan yang dibayar adil dan mencukupi mengapa sebahagian rakyat terutamanya Melayu mesti mengharapkan BRIM ? Bila dikaji fenoemana ini negara yang menjadi milik kita semua belum berjaya mengagihkan limpahan kekayaannya  secara adil kepada rakyat jelata.

Dalam keadaan beban hutang negara begitu mencemaskan dengan defisit yang memanjang, timbul persoalah daripada manakah wang untuk BRIM diperolehi ? Adakah daripada sumber hutang luar negara kita ? Kini bunga untuk hutang tersebut sahaja mencecah bilion ringgit.  Tindakan ini akan menambahkan lagi  beban kepada rakyat di kemudian nanti. Akhirnya segala beban negara nescaya akan terpikul dan terbeban ke atas mereka. Nilai sebenar pendapatan mereka kini  terus merosot.Perangkaan menunjukkan ramai rakyat Malaysia yang muflis akibat bebanan hutang.

Sejenak marilah  kita mendengar pesan seorang ulama tersohor yang sempat hidup ketika negara mencapai kemerdekaan pada 31 0GOS 1957:

BILA KITA DAH MERDEKA JANGAN ADA PEMIMPIN YANG  AMBIL KESEMPATAN BUAT KEKAYAAN DI ATAS BELAKANG RAKYAT

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *