APA DAH JADI TERHADAP AMANAH MENJAGA TSM

Mengikut perangkaan terkini sehingga tahun 2009 TANAH SIMPANAN MELAYU HANYA TINGGAL 12 % sahaja daripada jumlah asal. Jumlah asalnya ialah 12.9 juta hektar. Kini yang bersisa hanya 1.6 juta hektar sahaja. TSM adalah suatu AMANAH buat dipelihara demi masa depan bangsa Melayu di negeri yang sebelum merdeka dinamai PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. Apakah apabila bertukar menjadi MALAYSIA  TSM amanah ini boleh disia-siakan dengan begitu mudah sehingga merosot begitu jauh oleh kerajaan yang kononnnya mempertahanlan KETUANAN MELAYU.

Mari kita mengimbas apa kata ulama UMNO yang paling terkenal terhadap AMANAH ini kepada para pemimpin bangsanya menjelang MERDEKA. Beliau Sheikh Abdullah Fahim seolah-olah nampak apa yang akan berlaku :

Sesiapa yang berjuang kerana Allah dan niat yang baik akan dipermuliakan Allah. Sesiapa yang berniat buruk , tamak dan khianat akan menjadi orang yang hina dan dilaknat di sisi Allah.

Bila kita dah merdeka jangan ada pemimpin yang buat kekayaan di atas belakang rakyat.

Justeru hal ini adalah satu peringatan dan amaran. Mungkin kita boleh lepas didunia atas kecurangan yang dilakukan kerana menghilangkan hak amanah bangsa yang dipertanggung jawabkan kepada pihak yang berkuasa.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *