AGENDA MIRITIM PRES JOKOWI DI SIDANG APEC

Ucapan Presiden Jokowi dalam sidang APEC baru-baru ini agak menarik untuk diperhatikan. Pelbagai projek dan agenda untuk Indonesia dibentangkan oleh sosok nombor satu Indonesia itu. Antaranya ialah cita-cita besar untuk mengembalikan Indonesia sebagai kuasa maritim/perlautan yang terbesar di Asia. Rancangan untuk membina dan menghubungkan pelabuhan-pelabuhan di kepulauan,rel keretapi dan tol laut. Agenda ini menjadi keazaman untuk dilaksanakan. Nampaknya langkah ini akan merancakkan, menghidupkan semula laluan laut diserata rantau, negara dengan 17,000 pulau ini.Jokowi menjemput para pelabur datang melabur ke Indonesia bagi merancakkan pertumbuhan ekonominya.
Mengakhiri ucapan beliau mengucapkan kata- kata bestari kearifan lama bangsa Indonesia sebagai bangsa pelaut “Di laut justeru kita jaya” !

Selamat Indonesia dengan kapasiti penduduk menghampiri 300 juta menjadi kuasa ekonomi yang terbesar di Asia Tenggara dan kuasa ekonomi kedua terbesar di Asia Timur selepas China. Syabas Presiden Jokowi yang telah memulakan langkah ke depan untuk negaranya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *