HARGA MINYAK RON 95 AKAN DIAPUNGKAN BAGAIMANA DENGAN HARGA GULA ?

Pada 1 Disember ini harga petrol RON 95 akan diapungkan mengikut harga minyak pasaran dunia. Jika naik harga di pasaran global, harga minyak akan dinaikkan ,jika sebaliknnya harga minyak akan diturunkan.Selama ini subsidi datangnya dari punca mana ?

Malaysia adalah negara pengeluar minyak dan pendapatan utama  kerajaan pun datangnnya hasil daripada sumber tersebut. Justeru tidakkah wajar rakyat berhak menikmati sedikit daripada limpahan rahmat tersebut.

Rakyat di negara-negara pengeluar minyak seperti Brunei Darussalam, Venuezula, Kuwait dll membeli minyak dengan  harga di bawah nilai pasaran dunia Mengapa Malaysia tidak ? Tanpanya rakyat tidak menikmati apa pun hasil daripada limpahan kemakmuran ekonomi daripada emas hitam tersebut.Ia bukan bikinan manusia. Ia adalah rahmat daripada Allah untuk dinikmati oleh hamba-hambanya. Ertinnya berhak bertanya  ke manakah perginya  hasil minyak negara sehingga hasilnya tidak dinikmati rakyat. Sekurang-kurangnnya lebih rendah daripada harga pasaran dunia.

Gelombang kenaikan harga barang  tidak pernah surut, terus meningkat ke harga yang mdmncemaskan. Harga gula terus naik sehingga mencecah RM 2.90 sekilo. Umum mengetahui harga gula di pasaran dunia terus turun. Bagaimana pun di negara kita harganya stabil.Tidak pun mengikut harga pasaran global yang terus menjunam. Kenapa wujud fenomena sedemikian rupa, Adakah disebabkan oleh monopoli keperluan asas tersebut oleh sebuah syarikat sahaja ?

Kini harga sekilo gula, RM 2.90 lebih tinggi daripada harga sekilo beras iaitu sekitar RM 2.60 sekilo. Harga telor telah melonjak sehingga 45 sen sebiji. Begitu harga pisang emas menghapiri RM 5/ se kilo.Harga barang-barang terus melonjak .Ia menjadi terlalu mahal untuk dinikmati oleh rakyat biasa.Harga sekilo ikan bilis menjadi terlalu mahal melepasi RM 30/ sekilo. Akibatnya pendapatan rakyat akhirnya semakin menyusut dan mengecil.Akibat kelemahan ekonomi kita ringgit menjadi semakin menurun berbanding dengan mata wang asing seperti Dollar.

Kehidupan rakyat semakin terjepit terutama golongan  yang berpendapatan tetap dan kecil. Jadi impian untuk mendapat 1 unit rumah pangsa terutama di bandar-bandar besar adalah di luar kemampuan mereka. Apakah mekanisme untuk mengatasi masalah yang kritikal ini ? Harga tanah meningkat sehingga ratusan ringgit 1 ka persegi, harga simen dan bahan binaan semakin melonjak dan semuanya naik kecuali upah. Gaji dan upah golongan bawahan terus berada ditakuk lama. Bagi pemencen mereka menjadi tidak selesa untuk menikmati zaman tuannya. Timbul persoalan fungsi kerajaan sebenarnnya apa dan bagaimana. Adakah kerajaan sebuah syarikat korporat besar yang sedang berniaga dengan rakyat  atau KERAJAAN ADALAH PENANGGUNG JAWAP SOSIAL RAKYAT. Ini sebagaimana yang berlaku sebelum Tun Mahathir menjadi PM. Justeru kini rakyat menanggung segala-galanya termasuk beban hutang negara yang kini menghampiri 55 % daripada KDNK negara. Ini adalah tanda amaran bahawa ekonomi kita sedang bermasalah. Analisis ini dibuat berdasarkan apa yang berlaku. Justeru ia menuntut renungan untuk memperbetulkannya. Rakyat harus peka ke manakah negara ini dikendalikan. Adakah pro rakyat atau sebaliknnya ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *