IDEA BERLIAN TUN DR M HIDUP SEMULA : JAMBATAN BENGKOK ! JANGAN ADA SESIAPUN PUN MENGGAGALKANNYA LAGI !

Tambak Johor  ataupun Tambak Tanjung Puteri merupakan sambungan darat pertama antara Malaysia dan Singapura. Sepanjang 1,056meter, ia menyeberangi Selat Johor dan menghubungi bandar Johor Bahru di Malaysia ke bandar Woodlands di Singapura. Cadangan membina bermula pada tahun 1909 , mula dibina pada 1919 dan siap pada tahun 1924.  Dibina untuk melengkapkan  sistem keretapi yang telah siap di Johor Baharu untuk disambung ke Woodlands di Singapura.

Tambak Johor menyangga jalanraya, landasan dan laluan pejalan kaki, serta paip yang membekalkan air ke Singapura. Pada hari biasa, ia membawa sebanyak 60,000 kenderaan

TUN DR MAHATHIRT DI ERANYA  DAPAT MENGHADAPI SINGAPURA DENGAN BERKESAN.BELIAU BERTANGGUNG JAWAB  MEMBANGUNKAN 2 PELABUHAN STRATEGIK PASIR GUDANG DAN TANJONG PELEPAS , LAPANGAN TERBANG SENAI DAN MENERAJUI PROJEK JAMBATAN BENGKOK YANG TIDAK DIBANTAH SINGAPURA. PERANCANGANNYA DITERBALIKKAN OLEH PENGGANTINNYA! LANGSUNG TIDAK ADA PEMIKIRAN STRATEGIK MAJU KE DEPAN UNTUK MEMINTAS SINGAPURA  YANG KAPASITI AMAT TERBATAS !

TUN DR MAHATHIR jelas seorang pemimpin yang mempunyai visi masa depan yang cemerlang. Visi bagaimana Malaysia dengan menggunakan kelebihan yang ada menjadi lebih mampu bersaing dengan jiran-jirannya di pasaran global. Sesungguhnnya Malaysia memang memiliki kelebihan yang banyak berbanding dengan Singapura , jiran terdekatnnya.

Namun Singapura telah  mengambil kesempatan daripada kelemahan Malaysia untuk menjadikan kedudukan kita terperuk. Kini Singapura seperti sedang menelan kepentingan Malaysia. Tanah KTMB hilang, kekalkan perjanjian air yang lebih menguntungkan Singapura, hilang Pulau Batu Putih, pelaburan, tanah dan hartanah di Johor seperti bandar Iskandar Malaysia  yang banyak dimonopoli Singapura.

Di tambah dengan kelemahan para pemimpin kita yang banyak  tunduk kepada kehendak Singapura seperti kegagalan pembinaan jambatan bengkok.  Pembinaan jambatan bengkok mampu untuk menyelesaikan banyak masalah di Selat Teberau. Sesungguhnya Tambak Johor yang dibina pada tahun 1924 oleh pihak British itu  telah ketinggalan zaman. Realitinya  amat tidak sesuai lagi dengan kesesakan lulu lintas, alam sekitar dan segala hambatan . Itu disedari oleh Singapura.Namun kerana langkah-langkah strategik yang lebih menguntungkan Singapura ia dianggap merugikan Singapura dalam persaingannya dengan Malaysia .

Visi Tun M yang sangat arif lagi bijaksana itu tersia-sia. Lebih tepat bukan kerana faktor Siongapura tetapi digagalkan oleh para pengganti yang beliau lantik sendiri ke tampuk kuasa. PM Abdullah Badawi membatalkan rancangan membina jambatan bengkok itu tanpa lasan yangt kukuh. Akibatnya kerajaan terpaksa membayar ganti rugi kepada kontrektor yang telah pun dilantik.

Begitu juga dengan PM Najib mendiamkannya atas alasan Singapura tidak setuju. Tun Dr M menyatakan adalah amat memalukan Malaysia apabila tunduk kepada tekanan Singapura. Adakah apabila kita hendak membuatnnya dibahagian kita Singapura menjadi faktor penentu. Sebel;umnya menurut Tun M Singapura tidak membantah. Tun M tahu bagaimana menangani keengganan Singapura. Tambak yang dibina dengan mengambus laut kerana pada ketika ityu kerajaan British kekurangan belanja.

Hakikatnnya di zaman Tun Dr M beliau telah menyelesaikannnya. Malaysia hanya membina jambatan bengkok di bgahagian Johor dan turun di Singapura.Singapura pun tidak ada hyak untuk menghalang hak Malaysia. Ia perlu dibuat bengkok untuk mengambil ruang lajakan yang agak jauh  dan turun di bahagian Singapura. Pemikiran strategik Dr Mahathir ini patut disokong kerana ia baik untuk Malaysia dan juga jirannya. Lagi pun jambatan sedia ada dari segi reka bentuk dan keadaannnya yang daif serta mencemarkan alam sekitar. Amat  ketinggalan zaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *